AYAM GORENG BERSAMA KACANG (FRANGO COM QUIABO) Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 8 hingga 12 keping digoreng sampai garing
4 ulas bawang putih dicincang halus
Garam dan lada putih secukup rasa
4 camca besar minyak
3 biji bawang besar didadu
300gm kacang bendi didadu
2 cawan air rebusan tulang-tulang ayam
1 camca kecil Tobasco.
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai kuning emas
2. Masukan kacang bendi, air rebusan dan dimasak sampai kuahnya pekat dan bendinya lembut
3. Gaulkan ayam goreng kedalam bendi. Masukan garam, tobasco dan lada putih. Masaklah sehingga kering sedikit.
AYAM PANGGANG CHICKEN ROAST) Bahan-bahannya :
1 ekor ayam (sederhana) yang tidak dipotong
5 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih ) dihiris dan dikisarkan
2 batang serai ) dalam blender
1/2 inci halia )
1/2 sudu kecil lada putih (pepper)
3-4 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar madu
1-2 sudu kicap (saperti kicap Kipas Udang ke)
1-2 sudu minyak bijan (optional) ada yg tidak suka baunya
Cara membuatnya :
1. Ayam dibersihkan dengan limau untuk membuang rasa hanyirnya. Ayam dibelah dibahagian belakangnya dari lehernya hingga bawah (putus). Kepakkan ayam hingga ia boleh diletakkan flat saperti didalam pinggan/pembakar. Jikalau tak berkenan dengan ayam seekor yang bulat, boleh juga di potong-potong.
2. Bahan-bahan yang dikisarkan tadi digaul dengan lada putih, sos tiram, madu dan kicap.
3. Selepas itu, bahan-bahan ini digaulkan dengan ayam tadi. Marinade atau perapnya at least 30 minit. Kalau boleh diperapkan semalaman, lagi best.
4. Bakar ayam tadi diketuhar dengan 230 selama 30 minit. 15 minit pertama diterbalikkan ayam tadi supaya api membakar dengan rata.
5. Apabila sudah masak, akan terdapat dengan sendirinya sos/kuah dari extract ayam tadi.
DAGING GORENG BETAWI Bahan-bahan :
Setengah kilo daging dipotong nipis
5 biji bawang merah dipotong nipis
6 ulas bawang putih dipotong nipis
2 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji cili hijau dibelah dua
1 cawan santan pekat
1 camca lada hitam }
1 camca jintan manis } di mesin halus
1 camca jintan putih }
1 inci halia dipotong nipis
1 inci lengkuas dipotong nipis
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa dan serbuk perasa.
Cara-cara membuatnya :
1. Daging direbus dengan jintan yang dimesin tadi sampai lembut dan keringkan airnya.
2. Daging lembut tadi digaul dengan cili, halia, lengkuas, serai, bawang- bawang yang dipotong tadi.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.
4. Masukkan santan dan garam, kunyit, dan perasa keret dan lada hijau kemudian angkat
5. Hias dengan kentang goreng tadi.
DAGING GORENG PATAYYA Bahan-bahan:
500gram daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus
10 batang cili padi dan 2 batang cili merah ditumbuk halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
Beberapa helai daun selasih (Thai Basil)
Segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 camca besar sos tiram
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
2. Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, dan bawang besar.
3. Goreng sebelum dimasukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar.
Sajikan segera.
DAGING MASAK SERBUK CILI Bahan-bahan:
Daging
Bawang merah atau bawang besar sesedap rasa. (lagi banyak lagi sedap)
Bawang putih dan halia diblend, jugak ikut citarasa
Kicap pekat
Serbuk cili
Cara-caranya
1. Tumis bawang merah atau bawang besar yang dihiris nipis. kalau ada daun kari lagi wangi
2. sesudah kekuningan masukkan Bawang putih dan halia yang telah diblend tadi dan masukkan daging
3. Masukkan air agar daging cukup empuk
4. Selepas itu, mungkin after 3-4 minit masukkan serbuk cili. Kalau tak nak pedas sangat masukkan sedikit cukuplah (itupun kalau daging sikit aje).
5. Lepas air mendidih masukkan kicap ikut citarasa kita.
6. Akhir sekali biarkan kering. .warna akan jadi hitam dan rasanya manis, pedas dan memang sedaplah.
Selamat mencuba.
ASAM PEDAS SRI SIBER
BAHAN:
1 ekor ikan merah - potong kepingan 3cm
3 batang bunga kantan -hiris halus
20 ulas bawang merah ]*
10 biji cili merah ]*
5 labu bawang putih ]* Dikisar
3cm halia ]* halus
3cm belacan ]*
7 biji buah keras ]*
1 camca besar cawan air
4 camca besar minyak masak
garam, gula secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar sampai wangi dan kekuningan.
2. Masukkan bunga kantan, air asam jawa dan gula secukupnya.
3. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak.
4. Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak.
5. Kemudian hidangkan dengan nasi putih.
ASAM REBUS IKAN TONDAN BAHAN:
1 ekor ikan tondan/tenggiri pun boleh.
10 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } digiling
10 biji cili kering } halus
½ inci kunyit hidup }
1 inci belacan bakar
sedikit garam dan gula
Cara membuatnya :
1. Ikan dibersihkan. Masukkan bahan-bahan yang digiling halus ke dalam periuk tanah (nak gunakan periuk biasa pun boleh).
2. Jerangkan di atas api yang perlahan hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tondan/tenggiri, garam dan gula. Setelah masak, bolehlah diangkat dan hidangkan dengan nasi putih.
IKAN PATIN BELADA RESTORAN PAK-AMIR BAHAN:
1 ekor ikan patin
10 tangkai cili kering ]*
5 ulas bawang merah ]*
3 ulas bawang putih ]* Semua
½ inci halia ]* bahan ini
½ inci kunyit hidup ]* ditumbuk
1 sudu kecil kerisik ]*
½ inci belacan ]*
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar asam jawa
3 tangkai daun limau purut
5 biji belimbing buluh
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara membuatnya :
1. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga garing. Masukkan rempah kari dan kerisik.
2. Tumis lagi dan masukkan sedikit air. Masukkan pula perahan air asam jawa.
3. Kemudian masukkan ikan, belimbing buluh, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan ikan masak.
4. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.
Resepi ni dari turun temurun Moyang Along teristimewa buat Pak Amir dan para peminat ikan patin semua. Cubalah.
PAIS PATIN SRI SIBER Bahan :
1 ekor ikan patin - ambil isinya
6 biji cili padi
6 ulas bawang merah
1 biji telur
½ biji kelapa parut
2 batang serai
4 hiris halia
2 hiris cekur
4 sudu besar rempah kari
sedikit belacan
garam secukupnya
2 helai daun kunyit - hiris halus
hirisan cili merah
daun pisang untuk membungkus
Cara Membuatnya :
1. Tumbuk cili, bawang, serai, halia, cekur, belacan hingga halus.
2. Kemudian masukkan rempah kari, daun kunyit dan hirisan cili merah. Gaulkan semua bahan-bahan ini.
3. Telur dipukul hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.
4. Tambah garam secukupnya. Letakkan isi ikan bersama rempah tadi dan bungkus dengan daun pisang. Kukus selama 20 minit.
SUP IKAN MERAH BAHAN:
500 gram isi ikan merah
2 biji ubi kentang }dibelah
1 batang lobak merah } kecil-kecil
1 cawan macaroni
1 labu bawang besar }dikisar
1 inci halia }halus
2 ulas bawang putih }
1 sudu besar rempah sup
sedikit daun ketumbar, daun sadri dan bawang goreng.
Cara membuatnya :
1. Tumis kesemua bawang dan rempah.
2. Masukkan kentang, lobak merah dan makaroni.
3. Apabila kesemuanya telah empuk, masukkan ikan.
4. Kacau rata, masukkan garam, Daun ketumbar, daun sadri dan bawang goreng.
5. Bila sudah masak hidangkan.
IKAN BAWAL HITAM SWEET & SOUR bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal hitam
1 labu bawang besaq - dipotong bulat
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sos tomato - 2sudu besaq
sos cili - 2sudu besaq
1 potong nenas
garam secukup rasa
caranya :
1. Ikan tu sianglah dulu kemudian dibasuh seterusnya gaul garam & kunyit kemudian goreng hingga masak. Minyak goreng ikan tadi tuang kedalam bekas lain, tinggal sedikit dlm kuali tadi
2. Tumis bawang besar & putih serta halia. Masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air.
3. Setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.kemudian masukkan ikan goreng tadi.
4. Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang
IKAN JENAHAK MASAK LEMAK JINTAN Bahan :
600 gram ikan jenahak
5 keping asam gelugur
2 cawan santan kelapa
15 gram jintan manis
15 jintan putih
4 sudu makan biji sawi
5 biji kacang bendi
garam,gula & serbuk perasa secukup rasa
BAHAN GILING :
3 tangkai cili kering
10 gram halia
10 gram kunyit hidup
10 gram bawang putih
10 gram bawang merah
Cara membuatnya :
1. Ikan digoreng hingga masak tetapi tidak terlalu kering.
2. Tumiskan bahan giling bersama jintan manis, putih, biji sawi hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sedikit air asam gelugur, biar mendidih.
4. Masukkan santan, kacau hingga masak.
5. Bila mendidih, masukkan bendi diikuti dengan cili kering yang digoreng.
6. Kemudian masukkan ikan, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
7. Bila dah masak, hidangkan dengan nasi putih...hemmm...mau meleleh air liur tau.
IKAN KELI BERLADA Bahan:
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dikelar badannya
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
Minyak utk menggoreng
4 biji cili masak
(boleh juga ditambah dgn Cili api kalau suka extra pedas)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit halia
asam jawa, gula, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
Cara:
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian digoreng sampai gareng.
3. Blendkan cili masak, bawang merah & putih juga halia. Tumiskan sampai naik bau.
4. Masukkan Air asam jawa, gula, garam & ajinomoto secukupnya.
5. Kalau suka dgn sambal yg agak berkuah tambahkan air & biarkan menggelegak.
6. Masukkan pula bawang besar yg dihiris sampai layu.
7. Akhir sekali masukkan la ikan keli yg dah digoreng & terbalik2kan. Cepat2 la tutup api nanti ikan jadi lembik.
IKAN KELI MASAK LEMAK CEKUR Bahan :
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa
Caranya :
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak la...
Note :
Pada sesiapa yg rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedlm kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.
IKAN KUKUS ASAM LIMAU BAHAN2
500 gram ikan kerapu atau siakap ataupun yg sewaktu ngan nya
10 gram cili api di cincang halus
50 gram bawang putih dicincang halus
1 tangkai akar ketumbar jugak di cincang halus
½ cawan air limau nipis
¼ cawan kicap cair
gula dan garam secukup rasa
(campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati)
CARA MEMBUATNYA
1. ikan dibersihkan lalu dikukus selama 15 minit
2. angkat dan tuangkan sos yg telah disediakan tadi diatas ikan lalu dikukuskan semula selama 3 minit
3. angkat dan hidangkan. Enak dimakan dengan nasi panas2.
IKAN KUKUS KASTURI Bahan-bahan :
1 ekor ikaan Siakap dikelar sedikit
6 ulas bawang putih di cincang halus
8 batang daun bawang dihiris nipis
10 biji cili padi
3 urat daun ketumbar
1/2 cawan ketumbar
3 batang serai dihiris nipis
2 helai daun limau purut
2 cm lengkuas di hiris
2 camca lengkuas di hiris
2 camca besar minyak sawit
Air perahan dari 8 biji limau kasturi
1 camca the gula
2 camca besar sos ikan
1/4 biji nenas didadu kasar
1 biji tomato didadu
Cara-cara membuatnya :
1. Letakkan ikan di dalam pinggan untuk mengukus dan letakkan semua bahan-bahan di atas dan seratakan.
2. Kukus selama 20 minit sampai ianya masak. Sajikan segera.
IKAN MASAM MANIS BAHAN2
1 ekor ikan kerapu
100 gram batang seleri -dicincang
100 gram bawang besar - dicincang
100 gram tomato- dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 cm halia - dicincang
2 cawan air
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar tepung jagung,dibancuh dgn 3 sudu besar air.
sedikit garam dan gula
CARA MEMBUATNYA
1. Ikan dibersihkan dan keringkan dengan tuala kertas.kemudian lumurkan ikan nie ngan garam dan tepung jagung dan goreng sampai kuning.
2. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia yg telah dicincang hingga naik bau nya.
3. masukkan sayur2an dan kacau selama 10 min.kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seterusnya masukkan semua sos dan masak lagik 5 min.
4. utk memekatkan kuahnya masukkan larutan tepung jagung, garam serta gula secukup rasa.
5. Bila hendak dihidangkan tuangkan kuah nie keatas ikan tadi.
IKAN TENGGIRI BERLADA BAHAN :
2 keping ikan tenggiri (digoreng)
10 biji cili merah ]
5 ulas bawang merah ] dikisar
5 ulas bawang putih ]
5 kuntum bunga lawang
Sedikit halia, minyak untuk menumis dan sedikit
gula dan garam.
Cara membuatnya :
1. Tumiskan bahan dikisar tadi. Kemudian masukkan cili dan kacau sentiasa. Masukkan ikan, bunga lawang, gula dan garam untuk menambah rasa.
2. Hias sebelum dihidangkan dengan nasi putih.
IKAN TERUBUK MASAK ASAM PEDAS Bahan-bahannya :
Seekor ikan terubuk dibersihkan dan dipotong mengikut suka
Sebatang serai di titik
Asam keping
Garam, serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Bahan untuk dikisar :
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cara menyediakannya :
1. Tumiskan bahan yang di kisar.
2. Masukkan serai yang dititik. Biarkan sebentar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ikan. Gaulkan perlahan-lahan
4. Masukkan air sedikit dahulu. Gaulkan & biarkan sebentar
5. Masukkan air selebihnya. Masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa
6. Akhir sekali masukkan assam keping dan biarkan ia menggelegak.
KARI KAMBING KASHMIR Bahan-bahan :
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.