BISKUT ARAB
1 tin minyak sapi (ikut sukalah nak tin besar manapun)
gula halus (mengikut sukatan tin minyak sapi)
tepung (ikut sampai boleh diuli - tak lekat kat
tangan)
campurkan kesemua bahan-bahan tadi, kemudian gentel ler bulat-bulat. pas tu taruk le buah ceri ker, kismis ker sebagai hiasan...
kuih ni bila dah masak mesti naik gebu cantik.
selamat mencuba !!!
BISKUT MAZOLA
sekati kacang yang dimesin halus
sekati tepung
1/2 kati gula yang dimesin halus
Minyak mazola (or whatever)
Telur kuning
Campurkan kacang, tepung dan gula. Masukkan minyak, agak-agak boleh sebati semua dan boleh dibentukkan (bulat atau leper). Lepas tu sapu kuning telur sikit kat atasnya or kalau suka bubuhla kacang sebijik atasnya.
KEK - CHEESE CAKE
1 cawan biskut (krim kreker pun boleh)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar gula
Lenyek biskut ngan mentega & gula. Masuk dlm acuan kek. Then bake for 10 minute kepanasan 350.
4 ketul cheese Philadelphia (small pack)
4 biji telur ayam
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu besar esen vanila
2 tin creame Nestle
1 biji lemon (di ambil perahan air limau)
1. Semua bahan tadi diblend kecuali 1 biji lemon, bila dah blend masukan perahan limau. Kacau sikit biar sebati ngan lemon. (kalau nak masam lagi taruk 10 biji cikgu tak marah).
2. Lepas tu tuangkan perlahan2 dlm acuan (acuan biskut yang dibakar tadi). Bakar kek dengan kepanasan sederhana 1 jam, atau 350 degree selama 30 minit atau sampai masak.
1 tin Blueberry Pie Filling
1. Bila masak kek tadi colour light yellow. Jangan panik bila kek dah nak sejuk selalunya terbelah sikit (crack). Paham-paham lah no, cheese kena bakar.
2. Bila dah sejuk, ambik blueberry pie filling tadi tuang atas kek perlahan-lahan biaq dia meleleh kat tepi-tepi kek tu, baru selera nengok. Kalau nak cantik lagi, cikgu suggest make-upkan kek nie, taruklah hirisan buah kiwi ka apricort ka, strawberry ka, whatever yang U suka.
P/s: CHEESE CAKE NIE TAHAN LEBIH SEMINGGU, COVER CAKE NGAN ALUMINUIM FOIL, KEEP IN FREEZER.
KEK - MOIST CARROT CAKE Bahan-bahan :
1 cawan minyak kacang
1 cawan gula perang
3 biji telur
Satu setengah cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil tepung bikarbonate
2 sudu kecil serbuk bunga cengkih
garam
2 biji lobak merah (diparut)
3/4 cawan walnuts cincang
Cara-cara membuat :
1. Panaskan oven sehingga 180°C
2. Pukul minyak, gula perang, telur hingga sebati
3. Masukkan tepung, soda bicarbonate, serbuk bunga cengkih & garam
4. Campurkan lobak & walnuts dan tuangkan kedalam loyang saiz 22cm
5. Masak selama 22 - 26 minit dan sejukkan sebelum dibubuh icing
Untuk Icing :
Pukul krim cheese sehingga kembang dan campurkan gula icing & jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
KUIH - CEKODOK KL Bahan2 :
1/2 kg tepung gandum - bergantung pd anda kalau nak byk lebihkan tepung lagi
semangkuk air masak suam kuku - pastikan jangan sampai sejuk
sedikit garam (boleh dimasukkan ke dlm air)
minyak masak untuk menggoreng
Caranya :
1. gaulkan tepung dengan air suam. Air jangan terlalu byk atau terlalu kurang. pastikan adunan tadi boleh dibentukkan seperti fish ball.
2. lepas tu, panaskan minyak.. goreng la. pastikan api tak terlalu galak, nanti ditakuti cekodok meletup...
3. setelah kekuningan, bolehlah diangkat dan ditoskan.
4. makan bersama sambal tumis ikan bilis/sos cili & air kopi ...emmmm sedapnyaaa.
utk buat sos:
cili kering/cili boh
bawang putih
gula
cuka
tepung jagung
sedikit air
sedikit garam
cara2nya:
1. blend cili kering dan bwg putih dgn sedikit air dan cuka.
2. masukkan ke dlm periuk. Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak di atas api yg sederhana sambil dikacau.
3. Bila sudah mendidih, angkat. sejukkan dan sedia utk dihidangkan bersama cucur. Boleh juga dibuat sos keropok lekor.
KUIH - CHICKEN PIE
1 kotak puff pastry SILVERBIRD, didlmnya ada 2 keping.
100 gm/200 gm Isi ayam - dipotong dadu
1 cawan sayur campur
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepong gandum
1/2 cawan atau lebih sikit susu segar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 sudu besar minyak masak
Sedikit lada sulah
garam
gula
1. Perapkan isi ayam dengan lada sulah, garam dan gula.
2. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan ayam dan kacau hingga masak. Masukkan sayur campur. Kacau dan angkat.
3. Dalam bekas lain, cairkan mentega. Taburkan tepong gandum. Kacau hingga menjadi pes. Api jangan terlalu besar, nanti hangus.
4. Masukkan susu segar, kacau hingga menjadi pekat.
5. Kemudian masukkan campuran ayam tadi, gaulkan dan tambah garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sejukkan.
Cara membuat pie :
1. Ambil satu keping pastri dan canai selebar 8 inci atau muat untuk satu pie dish. Letakkan pastri tadi dalam pie dish, kemaskan dan potong tepinya.
2. Masukkan inti dan ratakan.
3. Canaikan sekeping lagi selebar tadi dan letakkan diatas pie tadi, trim tepinya dan tekan garpu supaya tidak terbuka. Jika ada baki pastri lagi, terapkan dengan acuan biskut yang berbentuk bunga/daun dan hias di atas pie.
4. Sapukan kuning telor di atasnya. Bakar hingga kekuningan.
p/s: Puan juga boleh guna inti seperti inti karipap jika mahu yang pedas. Selamat mencuba.
KUIH - DONAT Bahan2 Donat
1 kg Tepung gandum
3-4 sudu susu tepung (apa2 jenis pun tak kisah asalkan susu tepung)
3 sudu marjerin Yis basah
Air Garam (Garam dilarutkan dalam air jgn. masin sangat nanti adunan tepung tu masin...)
Gula dikisar halus (jgn. halus sangat)
Cara2nya
1- Cairkan yis dalam air (Peringatan : 1 kg tepung = ½ potong yis kalau nak buat ½ kg letakkan suku saja)
2- Satukan tepung gandum dgn susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yg telah dicairkan dan diadun dgn air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan.)
3- Biarkan adunan tepung yg dah doh tu mengembang.
4- Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat2 spt kita nak buat kuah keria.
5- Bila bentuk2 donat tuh dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar.
KUIH - INTI CUCUR BADAK
Udang dibuang kulit
bawang merah ]
cili kering ] diblend
serai ] (kisar)
kelapa ]
garam,gula dan sedikit kunyit
Masukkan bahan yang diblender kedalam periuk, udang juga dimasuk sama dan letakkan sedikit air, garam, gula dan serbuk kunyit masaklah sampai inti tersebut kering.
KUIH – INTI KARIPAP
Ubi kentang
Udang kering
Serbuk kari (ikut suka brand apa)
Daging atau ayam (ikut selera)
garam
daun kari
bawang putih
bawang merah
halia
serbuk perasa (jika suka)
minyak untuk menumis
1. potong daging tu nipis-nipis. Udang kering tu rendam dan kemudian tumbuk.
2. Kentang tu potong jadi kiub kecil-kecil. Bawang putih, bawang merah dan halia hiris (macam nak masak kari tu).
3. campurkan bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk kari dalam mangkuk dan lepas tu campur air sikit supaya senang nak tumis.
4. Panaskan minyak, lepas tu masukkan daun kari hingga naik bau, lepas tu tumis bahan capuran bawang dan serbuk kari hingga garing.
5. Masukkan garam, bahan perasa, udang kering, ayam/daging dan kentang, jika perlu masukkan sikit air. kecilkan api dan biar hingga bahan-bahan tadi masak.
KUIH – SARDIN ROLL
Saya biasa buat sardin roll ini, kulit dia sama dengan kulit karipap cuma bila kita dah gulung kita kelar diatas dan kita sapukan dengan kuning telor dan bakar.
Inti dia saya buat macam ini saja
1 tin sardin
1 biji bawang besar- dihiris
1 biji cili merah - dihiris halus
sedikit perahan limau nipis,garam
Tumis sardin, masukkan bawang besar, cili, serta air limau dan garam biar hingga ia kering. Sejukkan dan bolehlah buat sardin roll
OPTION 1 :
Roti boleh juga digunakan untuk buat sardin roll.
1. Letakkan inti ditengah dan gulung roti tadi.
2. Untuk lekatkan hujungnya, campurkan satu sudu besar tepong gandum dengan sedikit air, jadikan ia seperti gam. Sapukan dihujung roti supaya tidak terbuka.
3. Kemudian celupkan dalam telor yang telah dipukul dan goreng. Jangan deep-fried nanti makan minyak. Minyak sikit saja seperti kita buat roti telur/french toast.
OPTION 2:
1. Ambil roti sepotong, buang kulit tepi, pastu lenyekkan dengan kayu pencanai sampai leper
2. pastu isikan inti sardin, rollkan dia dan celupkan dengan telur kemudian digoreng.
POPIAH GORENG
1 bungkus kulit popia
1 biji sengkung (sederhana besar- p0tong macam fun fries)
1 batang lobak merah - p0tong macam fun fries)
¼ ikat kacang panjang (potong kecil2)
Udang kering dalam ($2) lebih banyak lagi sedap
6 ulas bawang putih
1 biji telur
1. Tumbuk bawang putih dan udang kering
2. Tumbis sehingga naik bau dan kekuningan
3. Masukkan serbuk perasa
4. Masukkan sengkuang dah biarkan agak lama sedikit pass tu masukkan kacang panjang dan lobak merah..
5. Then last sekali pecahkan sebiji telur...
6. Angkat dan toskan sebab sengkuang dia berair sikit. Biarkan sejuk seberapa ketika pass tu boleh lah dibungkus dan goreng.
KUAH POPIAH GORENG
2 sudu lada kering yang telah dikisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
½ cawan air
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas di dalam bekas dan masak sehingga menidih.
PUDING BUAH - BUAHAN. Bahan- Bahan
1 tahil agar - agar
1 tin buah-buahan dalam tin - 1/2 diblender dengan airnya sekali
1 biji telor - blender
5 sudu besar tepung kastard - blender
1 tin susu cair IDEAL - diblender
gula ikut manis
Cara-Caranya
1. Masak agar-agar dengan air serta gula, bila agar-agar hancur masukkan bahan-bahan yang diblender. kacau atas api yang perlahan takut nanti ia berketul- ketul bila pekat.
2. masukkan dalam bekas atau acuan akhir sekali tuang lebihan buah-buahan tadi. Sejukkan dalam peti ais.
PUDING JAGUNG Bahan-bahan :
1 tahil agar² (30 gm)
1 tin jagung (di kisar dengan airnya sekali)
1 tin ideal milk
4 biji telur
2 sudu makan tepung custard
2 sudu makan mentega
2 gelas gula
air 7 gelas air
caranya :
1. rendam agar² semalam dan toskan.
2. masakkan agar² dengan 7 gelas air (atau ukuran air adalah satu sukatan agar² yang di tos.. airnya 2 kali sukatan agar²).
3. masukkan 1 gelas gula ke dalam agar² yang telah hancur.
4. dalam bekas yang lain, pukul mentega, gula, telur dan tepung castard hingga sebati.
5. apabila gula dan agar² telah hancur, masukkan bahan² yang telah dipukul tadi, dan gaul rata.
6. kemudian masukkan jagung yang telah dikisar , dan gaul rata².. bila dah hampir mendidih, tutup api.. dan tuangkan ke dalam bekas ikut suka bentuknya.
KUIH - PULUT PANGGANG JOHOR
Bahan-Bahannya Inti
1 biji Kelapa Parut
50 gm Udang Kering
5 btg Cili Merah (Jika suka pedas tambahkan lagi)
3 ulas Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 btg Serai
Garam
Gula
Daun Pisang di potong mengikut ukuran (Lebar 4.5 @ 5 inci)
Lidi yang dipotong 2 kecil (1 ½ inci)
1kg Pulut ( Direndam )
Air
Garam
Cara-caranya :
Pulut selepas direndam selama 1 jam, kemudian di kukus bersama air separas pulut penuh dan ditabur garam. Kukus sampai pulut masak.
Untuk memasak intinya :
1. Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
2. panaskan minyak masukkan bahan yang dikisar dan tumis sampai sedikit garing
3. kemudian masukkan kelapa parut, masukkan garam dan bahan perisa jika mahu.
4. Masak sampai kelapa itu kering bersama bahan-bahan tadi.
Untuk Membuat pulut panggang :
1. Ambil 2 @ 3 sudu pulut yang dikukus tadi, kemudian letakan di atas daun pisang yg telah dipotong 2 mengikut saiz yang anda mahu. Ratakan pulut tersebut dan masukan inti di tengah2 kemudian digulung .
2. Sepitkan kiri kanan daun pisang tersebut dengan lidi (yang dipotong2 kecil)
3. Setelah selesai, dipangang selama 1 minit kemudian balik-balikan setelah lebih kurang 4 minit angkat (Jangan sampai daun pisang itu menjadi hitam @ garing sedehana sudah mencukupi) dan boleh dihidangkan untuk minum petang atau pagi.