

SEKAPUR SIREH DARIPADA PENGERUSI PUSPANITA BSN
|
|
Pn. Norlinda Marzuki Pengerusi Puspanita BSN |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera
Sepertimana yang kita sedia maklum, Program Hari Ramah Mesra PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan telah selesai dijalankan dengan jayanya pada 19hb Julai 2008 yang lalu di Pusat Pembelajaran BSN Bangi.
Saya dengan rasa gembira ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Hari Ramah Mesra tersebut yang diadakan pada julung kalinya. PUSPANITA BSN telah turut menyumbang dengan menyediakan tempat dan kemudahan sedia ada.
Saya percaya program ini mencapai matlamatnya dalam mengeratkan lagi talian silaturrahim di kalangan kita dan dengan ahli PUSPANITA dari 7 agensi yang lain. Ia juga mempertingkatkan semangat berpasukan dan kesedaran betapa pentingnya mengamalkan cara hidup sihat dan cergas. Sememangnya tujuan Hari Ramah Mesra ini adalah amat baik dan saya mengalu-alukan program berbentuk kecergasan seperti ini pada masa-masa akan datang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan poco-poco kita yang memenangi tempat kedua dengan sedikit perbezaan jumlah mata sahaja dengan pemenang tempat pertama dalam pertandingan poco-poco diantara agensi-agensi dibawah Kementerian Kewangan. Hebat juga adik-adik kita. Tidak ketinggalan juga kepada ahli PUSPANITA BSN yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang diadakan pada hari tersebut. Sesungguhnya komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh mereka amat dihargai.
Tanpa kerjasama yang erat dan bersatu padu daripada semua pihak, sudah pastilah segala program yang dirancang pada hari tersebut tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Bank Simpanan Nasional kerana membenarkan kita mengadakan Hari Ramah Mesra PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan di Kompleks Pusat Pembelajaran BSN di Bangi yang serba lengkap serta menggunakan kemudahan – kemudahan yang terdapat disana. Terima kasih juga kepada semua pegawai dan kakitangan Pusat Pembelajaran BSN yang terlibat dalam memberikan kerjasama bagi menjayakan program tersebut. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat seluruh ahli jawatankuasa PUSPANITA BSN yang terlibat dalam menganjurkan program kali ini. Saya berharap komitmen dan kerjasama yang sama akan diberikan dalam menjayakan program Mini Karnival PUSPANITA BSN yang akan diadakan pada 1 Ogos 2008 ini.
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Yang benar,
![]()
Norlinda Marzuki
Pengerusi Puspanita BSN
Anda Pelawat Ke :
Copyright © 2007 Puspanita Bank Simpanan Nasional. All rights reserved.
BANK SIMPANAN NASIONAL, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur.