AKTIVITI 2009

Bil.

Jawatankuasa/Aktiviti

Tarikh

Aktiviti

1

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan
(Perbendaharaan)

20 Januari 2009

Majlis Sekapur Sirih SeIkhlas Kasih
PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan telah mengadakan satu Majlis Sekapur Sirih Seikhlas Kasih bagi meraikan penaung baru PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan pada 20 Januari 2009. Seramai 30 Ahli Puspanita BSN telah menyertai Majlis ini.

2

AJK Keahlian

19 – 21 Jan 2009

Kutipan Yuran Tahunan Puspanita BSN
Puspanita BSN telah membuka kaunter pembayaran yuran tahunan dan pendaftaran ahli baru Puspanita BSN di lobi BSN. Puspanita juga telah mengadakan 20 cabutan bertuah kepada ahli yang membayar yuran dikaunter Puspanita BSN.

3

AJK Sosial, Sukan & Kebudayaan

20 Feb 2009

Majlis Jasamu Dikenang
Puspanita BSN telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi ahli-ahli Puspanita yang telah bersara serta AJK yang meninggalkan perkhidmatan. Seramai 150 ahli Puspanita BSN telah menyertai majlis tersebut.

4

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan
(Perbendaharaan)

13 Mac 2009

MAJLIS PERPISAHAN UNTUK AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KEWANGAN YANG BERSARA/BERTUKAR
PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk AJK yang bersara/bertukar pada 13 Mac 2009 di Hotel Marriot, IOI Resort Putrajaya. Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA BSN.

5

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan
(Perbendaharaan)

27 Mac 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA KEMENTERIAN KEWANGAN
Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan yang ke-26 telah diadakan pada 27 Mac 2009 di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Kewangan. PUSPANITA BSN telah menghantar 35 ahli bagi menghadiri Majlis tersebut. 

6

AJK Keusahawanan & Pendidikan

7 April 2009

Ceramah Menopause - Bukan Berakhirnya Hari Seorang Wanita
Puspanita BSN telah mengadakan Ceramah Menopause kepada ahli-ahli Puspanita BSN. Seramai 130 orang ahli telah menghadiri ceramah ini.

7

AJK Keusahawanan & Pendidikan

10 April 2009

Ceramah – Mengawal Kewangan Diri dan Keluarga – AKPK
PUSPANITA (BSN) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menganjurkan satu taklimat berhubung Mengawal Kewangan Diri dan Keluarga.
Seramai 30 orang dari agensi-agensi Kementerian Kewangan dan 80 orang dari Ahli Puspanita BSN telah terlibat.

Ini adalah salah satu aktiviti AJK Keushawanan peringkat MOF.

8

(PUSPANITA Kebangsaan

24 April 2009

MAJLIS JAMUAN TEH TAHUNAN AHLI SEUMUR HIDUP PUSPANITA 2009 ‘TAUTAN HATI, KEKAL ABADI’

PUSPANITA Kebangsaan telah mengadakan Majlis Jamuan Teh Tahunan Ahli Seumur Hidup 2009 khusus untuk ahli-ahli seumur hidup yang masih berkhidmat dan yang sudah bersara di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI. Majlis ini telah dihadiri oleh Datin Norsidah Hj Karim, ahli seumur hidup PUSPANITA BSN.

9

AJK Sosial, Sukan & Kebudayaan

24 April 2009

Majlis Makan Malam “Black & Gold Glitz Nite
Puspanita BSN telah mengadakan Majlis Makan Malam – Black & Gold Glitz Nite di Hotel Impiana. Seramai 200 ahli Puspanita BSN telah menyertai. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Raihan dan Datin Norlinda Marzuki.

10

AJK Keusahawanan & Pendidikan

05 -07 Mei 2009

Penjualan Untuk Hari Guru
Puspanita BSN telah membuka kaunter di lobi BSN untuk menjual tuala sempena Hari Guru.

11

AJK Keusahawanan & Pendidikan

15 Mei 2009 &
19 Jun 2009

Kelas membuat Kek Tiramisu, Coklat Lapis Chesse dan Pau Gebu
Puspanita BSN telah mengadakan Kelas membuat Kek Tiramisu, Coklat Lapis Chesse dan Pau Gebu di Bilik Puspanita BSN. Seramai 25 orang telah menyertai.

12

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan
(Perbendaharaan)

19 Jun 2009

Ladies Night Puspanita MOF
Majlis Makan Malam PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan telah diadakan pada 19 Jun 2009 (Jumaat) pada jam 7.30malam di Dewan Serbaguna,Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya. Seramai 30 orang ahli Puspanita BSN telah meyertai majlis ini.

13

AJK Keusahawanan & Pendidikan

26 Jun 2009

Promosi Multipurpose Cooker

Puspanita BSN telah mengadakan Demo menggunakan Multipurpose Cooker kepada semua ahli puspanita.

14

AJK Keusahawanan & Pendidikan

 

 

Jan – Dis 2009

Penjualan payung

  1. Payung Puspanita – kepada ahli
  2. Penjualan Payung Korporat (Orange & Blue) – kepada Bhg Pemasaran BSN

15

AJK Keusahawanan & Pendidikan

14 Julai 2009

Bengkel Sulaman Manik

Puspanita BSN telah mengadakan Bengkel Sulaman Manik di Pusat Pembelajaran BSN, Bangi. Seramai 15 orang peserta turut serta termasuk penyertaan daripada agensi Kementerian Kewangan. Bengkel ini dikendalikan oleh Arena Fashion Enterprise. Ini adalah satu aktiviti AJK Keusahawaan Peringkat MOF.

16

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan
(Perbendaharaan)

24 Julai 2009

PROGRAM KESIHATAN: ‘DIRI SIHAT MASYARAKAT BAHAGIA’

Puspanita Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta selaku Biro Kesihatan Puspanita Cawangan Kementerian Kewangan telah menganjurkan program kesihatan ini yang merangkumi Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah. Program ini diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Kewangan. Puspanita BSN telah menghantar 2 ahli bagi menghadiri program tersebut.

17

AJK Sosial, Sukan & Kebudayaan

31 Julai 2009 – 03 Ogos 2009

Lawatan ke Bandung

Puspanita BSN telah menganjurkan lawatan Ke Bandung. Seramai 20 orang ahli Puspanita telah menyertai lawatan ini.

18

AJK Keusahawanan & Pendidikan

4 – 7 Ogos 2009

Kaunter Jualan Kurma & Tempahan Biskut Raya.

Puspanita BSN telah membuka kaunter untuk menjual kurma, kerepek dan kek serta mengambil tempahan biskut raya. Telah mendapat sambutan dari ahli Puspanita BSN.

19

AJK Kebajikan & Agama

14 Ogos 2009

Majlis Sambutan Puasa & Bacaan Yaasin untuk Peperiksaan UPSR & PMR

Puspanita BSN telah mengadakan Majlis Sambutan Puasa dan Bacaan Yasin. Seramai 100 orang telah menyertai Majlis ini. Puspanita BSN telah  memberi ”Cup Cake” sebagai ”Door Gift”.

20

AJK Keusahawanan & Pendidikan

28 Ogos 2009

Ceramah Aura Seri dan Mini Bazar Ramadhan

Puspanita BSN telah mengadakan Ceramah Aura Seri (Penampilan Wanita Dari Segi Luaran dan Dalaman) di Auditorium BSN  dan Mini Bazar Ramadhan  sempena Bulan Ramadhan di Lobi BSN. Sebanyak 15 vendor telah turut serta dengan membuka Booth Jualan pada mini bazaar tersebut.

 

21

AJK Kebajikan & Agama

16 Sept 2009

Majlis Bacaan Tahlil Sempena Tadarus Al Quran (Ramadhan)

Puspanita BSN telah mengadakan Majlis Tadarrus pada bulan Ramadhan dan diikuti dengan Majlis Bacaan Tahlil sempena Qatam Al Quran yang diketuai oleh Puan Hanisah Hashim dan disusuli dengan pemberian bunga telur. Seramai 20 orang ahli telah menyertai.

22

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan
(Perbendaharaan)

2-3 Oktober 2009

BENGKEL PENGENDALIAN STRESS SECARA EFEKTIF DI BAWAH CAWANGAN KEMENTERIAN KEWANGAN

Bengkel ini telah diadakan oleh Jawatankuasa Kecil Pendidikan PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan. Bengkel ini diadakan selama 2 hari di Akademi Percukaian Malaysia. Seramai 4 ahli PUSPANITA BSN telah menghadiri bengkel ini. 

23

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan
(Perbendaharaan)

13 Oktober 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PUSPANITA  Cawangan Kementerian Kewangan Bagi Tahun 2009
Seramai 40 ahli Puspanita BSN telah menghadiri Majlis ini. Puspanita BSN juga telah mengadakan persembahan Poco-poco .

24

AJK Kebajikan & Agama

20 Oktober 2009

Majlis  Bacaan Yassin dan Doa Selamat untuk Bakal Haji
Puspanita BSN telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat untuk Bakal Haji dengan pemberian cenderahati kepada bakal haji dan makan tengahari. Seramai 200 orang muslimin dan muslimat telah menyertai.

25

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan
(BNM)

12 Disember 2009

Pertandingan Bowling PUSPANITA 
PUSPANITA BSN telah menghantar 1 pasukan terdiri daripada 4 ahli, 1 penyertaan VIP dan I peryertaan AJK bagi pertandingan Bowling  di Alamanda Putrajaya yang telah dianjurkan oleh Puspanita Bank Negara Negara.