Perkhidmatan BSN SMS adalah kemudahan terbaru yang disediakan kepada pemegang akaun BSN. BSN SMS ini memberi banyak kemudahan kepada pemegang akaun BSN untuk melakukan urusan perbankan di mana-mana sahaja.
Skop perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Waktu urusniaga BSN SMS adalah dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.
ANDA MAHU LEBIH JIMAT????
Untuk menikmati lebih penjimatan, kami memperkenalkan nombor talian terus ke rangkaian syarikat telekomunikasi (telco) anda. Sekiranya SMS dihantar ke nombor telco yang sama, kos SMS adalah lebih murah. Walaubagaimanapun, kos yang dikenakan adalah berbeza mengikut pakej telco yang dilanggan oleh pelanggan. Nombor talian terus tersebut adalah:
Untuk pemegang talianRangkaian CELCOM, setiap mesej urusan BSN SMS sila hantar ke 019-2866180
Untuk pemegang talian Rangkaian MAXIS, setiap mesej urusan BSN SMS sila hantar ke 017-3776180
Untuk pemegang talian Rangkaian DiGi , setiap mesej urusan BSN SMS sila hantar ke 014-3386180
Walaubagaimanapun, penghantaran mesej SMS ke 36898 masih terus digunapakai.
Lebih jimat, lebih pantas. Hanya dengan BSN SMS.
CARA PENDAFTARAN DI ATM/CDM
1.
Pilih Bahasa
2.
Masukkan Nombor PIN
3.
Pilih Urusan Lain
4.
Pilih Perbankan SMS
5.
Pendaftaran
6.
Masukkan No Telefon
7.
Tekan YA untuk pendaftaran
8.
Pendaftaran telah berjaya
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my