Pengurusan kewangan yang bijak merupakan kemahiran penting yang perlu diperolehi untuk membolehkan anda berbelanja mengikut kemampuan dan dalam masa yang sama dapat mencapai matlamat kewangan anda. Anda harus dapat mengawal kewangan anda tidak kira samada anda menghadapi masalah kewangan atau tidak.
BSN kini menyediakan satu program PENSTRUKTURAN SEMULA yang dinamakan SPD EXEC RE-CARD bagi pemegang-pemegang Kad Kredit yang mempunyai tunggakan kurang dari 60 hari. Program ini membantu anda yang layak untuk memindahkan baki hutang Kad Kredit kepada Pinjaman Berjangka (term loan) dengan bayaran ansuran bulanan tetap mengikut jumlah dan tempoh pinjaman. Ditawarkan untuk semua produk Skim Kad Kredit BSN (Konvensional dan Islamik) dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kredit peminjam.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan Penstrukturan Semula Skim Kad Kredit Kepada Pinjaman Berjangka (term loan) bagi Skim Kad Kredit BSN (Konvensional dan Islamik) adalah seperti berikut:-
i. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon); DAN
ii. Salinan Slip Gaji bagi dua (2) bulan yang terkini.
Borang permohonan yang telah lengkap bersama-sama dokumen yang diperlukan boleh dihantar ke mana-mana cawangan yang berhampiran atau melalui pos atau faks ke alamat di bawah atau melalui emel kepada mana-mana pegawai di atas.
HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai kami seperti berikut:-
Bahagian Kawalan Kredit
Jabatan Pengurusan Kredit
Bank Simpanan Nasional
Tingkat 6, Wisma BSN
117, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Telefaks: 03-2163 4796
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my