Lanjutan dari pembentangan Bajet 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23hb. Oktober 2009, sebanyak RM200 juta dana telah diperuntukkan sebagai pemangkin kepada pembangunan aktiviti industri kreatif seperti penerbitan filem, muzik, animasi, pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menguruskan dana yang diperuntukan dengan menyediakan kemudahan pinjaman untuk membiayai keperluan kewangan bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut.
Kemudahan Pinjaman ini menawarkan kadar faedah yang kompetitif dimana permohonan akan dipermudahkan bagi memastikan pembangunan dan perkembangan industri tersebut mencapai hasrat kerajaan dengan jayanya.
SASARAN DAN PEMINJAM YANG LAYAK MEMOHON
Kemudahan pinjaman Industri Kreatif ini layak dipohon oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti industri kreatif seperti Pemilik Tunggal, Pemilik Bersama dan Syarikat Sdn Bhd. Entiti perniagaan mestilah dikuasai sekurang-kurangnya 51% oleh warganegara Malaysia.
INDUSTRI KREATIF
Industri Kreatif adalah seperti berikut:-
1.
Audio Visual & New Media
Animasi
Interaktif
'Mobile'
Kandungan Internet
'On-line Publishing’ / ‘Multimedia Exhibits'
Penerbitan Filem
Penerbitan TV
Muzik
2.
Rekaan
Rekaan Produk
Fesyen
Aksesori
Seni Reka / Seni Bina
3.
Seni & Kraf
Seni Persembahan
Galeri Seni / Muzium
Kraftangan
Seni Arca
Arkib
Warisan / Antikuiti
Seni Tradisional
4.
Media Cetak
Penerbitan
Penulisan
TUJUAN PEMBIAYAAN
1.
Tujuan pembiayaan adalah bagi Menyediakan sebahagian pinjaman bagi pinjaman yang diperlukan untuk sesuatu penerbitan, pembelian aset dan lain-lain aktiviti berkaitan kreatif industri bagi tujuan pengkomersilan.
2.
Maksud tujuan pengkomersilan adalah “sebarang penglibatan atau usaha yang mana pengeluaran produk adalah bagi pasaran di dalam dan luar negara untuk tujuan keuntungan”.
3.
Mana-mana permohonan yang telah mendapat sokongan kewangan berbentuk geran dari agensi kerajaan sedia ada untuk projek/produk yang sama adalah tidak layak memohon.
CARA-CARA MEMOHON
1.
Permohonan bertulis hendaklah dialamatkan seperti di bawah:-
Bank Simpanan Nasional
Jabatan Pengurusan Kredit
Tingkat 6, Wisma BSN
117 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2162 3222 samb 5425 / 5112 ; Web : www.bsn.com.my
2.
Surat Permohonan (seperti dilampiran)
3.
Dokumen-dokumen berkaitan (seperti di senarai semak)