BSN adalah pemenang anugerah ‘Agent of the year for SEA region’ bagi tahun 2008. BSN ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan ini.
Dengan pengalaman melebihi 130 tahun dalam Perkhidmatan pengiriman wang, Western Union merupakan satu cara yang mudah, selamat dan cekap untuk menghantar dan menerima wang dalam masa beberapa minit di seluruh dunia. Western Union boleh didapati di lebih 375,000 lokasi agen di lebih 200 negara dan wilayah. Anda tidak berada jauh dari orang tersayang terutamanya ketika mereka amat memerlukan anda.
Perkhidmatan Western Union boleh dilanggan di semua cawangan BSN.
Kenapa menggunakan Western Union untuk menghantar wang?
Pantas - Wang diterima dalam masa beberapa minit setelah dikirim
Mudah
Selamat - Ciri MTCN yang unik untuk mengesan pengiriman wang
Tidak memerlukan akaun bank
Penerima tidak perlu membayar yuran
BSN sedia bekerjasama dengan Majikan bagi membantu pekerja-pekerja
BSN menyediakan kaunter bergerak untuk membantu pekerja-pekerja syarikat untuk mengirim wang kepada keluarga mereka. Majikan boleh menghubungi 03-2162 3222 ext 6615/6672 atau Unit Liabiliti Negeri, Cawangan Induk, BSN untuk mengatur lawatan ke tempat kerja atau asrama pekerja mereka mengikut jadual yang dipersetujui bersama.
• Syarat yang dikenakan adalah majikan mestilah mempunyai minima 20 pekerja yang akan melakukan urusan.
• Masa dan waktu lawatan boleh diatur pada hari bekerja atau hari minggu mengikut persetujuan Majikan dan Cawangan BSN berdekatan.
Pekerja tidak lagi perlu beratur dikaunter
• Majikan dapat menjamin keselamatan pekerja dengan membenarkan mereka membuat kiriman wang kepada ahli keluarga tanpa perlu keluar dari premis mereka.
• Dapat menjimatkan masa pekerja mereka
• Dapat membantu pekerja dalam mengurus perbelanjaan secara berhemat.
• Kebajikan pekerja-pekerja dapat ditingkatkan.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my