Anda ingin membuat permohonan secara online untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Sila dapatkan No UNIK ID atau NO PIN anda dari mana-mana kaunter, ATM, CDM atau melalui perkhidmatan SMS. NO ID untuk pengisian borang online bagi kemasukan ke institusi-institusi berikut boleh didapati di BSN.
• Permohonon UPU.
• Permohonon Bahagian Perkhidmatan Guru (BPG)
• Permohonon mengikuti pengajian di kolej Matrikulasi KPM
• Permohonon mengikuti pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti KPTM
• Permohonon mengikuti program pengajian di UITM
• Permohonon mengikuti program pengajian di Pusat Perubatan Universiti Malaya
• Permohonon mengikuti program pengajian di UNISEL
Urusan pembelian PIN di ATM boleh di buat menggunakan kad MATRIX, MATRIX-i, GIRO, GIRO-i atau kad kredit BSN.
Masukkan kad anda
Pilih butang Pembelian No Id (PIN)
Pilih program kursus
Masukan no kad pengenalan calon
Urusan selesai
No ID anda akan dicetak pada resit ATM. Sila pastikan resit disimpan untuk rujukan dimasa depan.
Pembelian melalui SMS
Jika anda telah aktifkan BSN SMS anda, Anda boleh membuat pembelian NO ID atau PIN melalui telefon bimbit, dan anda akan terus menerima NO ID melalui mesej pesanan ringkas serta merta.
Perhatian
Calon-calon dapat membeli NO PIN atau UNIK ID mengikut tempoh yang ditetapkan oleh agensi. Tarikh jualan PIN di iklan dalam akhbar tempatan oleh Pusat pengajian mengikut jadual kemasukan pelajar.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my