PERKHIDMATAN BAYARAN: LEBIH 1 JUTA PENGGUNA TELAH MENIKMATINYA!
BSN bank komuniti anda, menyediakan pelbagai kemudahan bayaran melalui KAUNTER, ATM, CDM dan SMS. Bayaran bil utiliti di kaunter, ATM dan CDM adalah percuma. Bayaran yang diterima akan dihantar ke agensi untuk dikemaskini pada setiap 8.00 pagi hari bekerja. Di BSN anda boleh membuat pelbagai bayaran berikut:
• Bil utiliti, Majlis Tempatan, koperasi, kebajikan, zakat & yuran pengajian
• Simpanan Tabung Haji dan PTPTN
• Bayaran Insuran kenderaan (first party sahaja)
Bayaran di ATM, Lebih mudah bagi pemegang akaun BSN
Bagi bil air, letrik,telefon dan ASTRO serta bayaran tertentu, anda dapat melakukannya di 700 mesin ATM tanpa perlu mendaftar bil anda. Bagi bayaran kali kedua dan seterusnya, bil tidak perlu dibawa, kerana sistem ATM akan membantu mengenal pasti bil anda. Jika bil anda telah bertukar, anda boleh batalkan bila-bila masa. Untuk kepastian anda, resit juga akan dicetak sebagai bukti bayaran
Bayaran melalui BSN:SMS, selamat dan lebih selesa
Dengan perkhidmatan BSN:SMS, urusan bayaran bil dapat diselesaikan melalui telefon anda di mana saja dan bila-bila masa dengan mudah dan cepat. BSN:SMS juga menawarkan perkhidmatan topup prabayar, pindahan akaun dan lain-lain lagi.
Anda tiada akaun di BSN?
Kunjungi lebih 50 mesin CDM BSN untuk membuat bayaran bil, bayaran balik pinjaman malah membuat deposit ke akaun Tabung Haji anda. Urusan dapat diselesaikan dengan mudah diluar waktu pejabat atau pada hari Minggu dan cuti umum. Bayaran di CDM adalah dalam gandaan RM10, lebihan akan ditolak dalam bil bulan berikutnya, tertakluk kepada jenis bayaran
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my