Pembelian dan pembaharuan insurans kenderaan bermotor boleh dilakukan disemua Cawangan BSN diseluruh Negara. Syarikat Insurans yang terpilih adalah:
Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad
UniAsia General Insurance Berhad
Pembelian dan pembaharuan insurans yang disediakan adalah untuk:
Kereta
Motorsikal
Apakah yang perlu anda bawa?
1.
Pembelian insurans
Hadir ke kaunter kami dan kemukakan dokumen berikut :
- Dokumen Pengenalan
- Polisi insurans / Renewal notice / schedule
- Kad Pendaftaran Kenderaan
- Letter of Undertaking (LOU)
Nota : LOU perlu ditandatangani oleh pelanggan jika membuat pertukaran syarikat insurans.
2.
Pembaharuan Insurans
Urusan pembaharuan adalah bagi pelanggan yang telah membuat pembelian insurans di BSN pada tahun sebelumnya.
Dokumen yang perlu dikemukakan bagi proses pembaharuan adalah seperti berikut :
- Dokumen Pengenalan
- Polisi insurans / Renewal notice / schedule
- Letter of Undertaking ( jika bertukar syarikat insurans)
Arahan Tetap (Individu)
Satu cara mudah untuk menyelenggarakan pembayaran anda. Hanya tetapkan tarikh pembayaran dan segala urusan pembayaran akan dilakukan secara automatik.
Jenis pembayaran yang boleh dilakukan melalui Arahan Tetap adalah seperti pinjaman persendirian, rumah, kenderaan dan lain-lain.
Arahan tetap terbahagi kepada 2 :
i.
Pindahan Individu
Pindahan secara dua hala dari akaun Giro ke akaun Giro/Giro-i yang lain dan sebaliknya. Contohnya:
Akaun Giro <--> Akaun Giro-i
Pindahan dari akaun Giro/Giro-i ke akaun SEDAR dan CHESS. Contohnya:
Akaun Giro/Giro-i <--> Akaun SEDAR
Akaun Giro/Giro-i <--> Akaun CHESS
ii.
Pembayaran ke organisasi yang tidak mempunyai akaun BSN Pembayaran adalah melalui cek.
MEPS-ATM
Pengeluaran wang tunai di mesin ATM BSN atau di mesin ATM bank perdagangan lain.
Perkhidmatan Penulisan Wasiat
Apakah Wasiat?
Wasiat merupakan dokumen penyelesai pusaka berbentuk arahan kepada wasi/pentadbir pusaka untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.
Perkhidmatan Penulisan Wasiat
Amanah Raya Berhad telah melantik BSN sebagai ejen penulisan wasiat.
Pakej penulisan wasiat ini ditawarkan semasa membuat permohonan pinjaman/pembiayaan peribadi-i dan Pinjaman/Pembiayaan GiroHome/BBA Home.
Pakej perkhidmatan wasiat ini adalah di atas pilihan pelanggan.
Kelebihan penulisan wasiat
Pelantikan wasi/pentadbir harta melalui dokumen wasiat.
Memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian..
Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan dalam pengurusan harta pusaka.
Kos penulisan wasiat
Kos
Muslim
RM 250
Bukan Muslim
RM 400
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my