PERBANKAN SMS: SELAMAT, MUDAH DAN PENUH KESELESAAN
Perkhidmatan BSN SMS menawarkan kemudahan perbankan dihujung jari anda. Anda dapat selesaikan pelbagai urusan perbankan dari rumah anda atau dimana jua anda berada. Ianya dijamin selamat, mudah dan penuh keselesaan.
Bayangkan anda dapat mengirim wang kepada anak anda , dapat membuat topup prabayar telefon sendiri dan orang tersayang sambil menonton TV dirumah atau sedang bercuti dimana saja. Setiap urusan pindahan akan dikredit serta merta ke akaun penerima. BSN SMS membantu anda melangkaui batasan komunikasi, jarak dan masa.
Anda juga dapat membuat pelbagai jenis bayaran bil melalui telefon anda. Semua bil yang dibayar akan dihantar ke syarikat pengebilan pada 8.00 pagi setiap hari bekerja.
4 Pembayaran Bil: ASTRO, TNB, TM, SESCO,CELCOM,IWK DAN AIR NEGERI
5. Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP)
6. Pembelian Unik ID atau PIN aplikasi online IPT
Pendaftaran BSN SMS.
Untuk mendaftar BSN SMS anda mestilah mempunyai Akaun GIRO atau Akaun Perbankan Islam GIRO-i. Pendaftaran boleh dilakukan dimana-mana cawangan BSN atau di lebih 700 mesin ATM atau CDM
Pendaftaran di ATM;
1. > Masukan Kad dan PIN anda
(Matrix, Matrix-i, GIRO atau GIRO-i)
Semua urusan perlu dihantar ke BSN SMS: 36898 ( pengguna Celcom , Maxis , DIGI, HAPPY, U-MOBILE, I-TALK, HALLO) atau 019-2866180 (pengguna CELCOM) atau 017-3776180(pengguna MAXIS) atau 014-3386180 (DIGI)
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my