IBG adalah perkhidmatan pindahan wang dan bayaran antara bank. Anda boleh membuat pindahan wang, atau membuat bayaran seperti bayaran balik pinjaman atau kad kredit bank lain dari kaunter BSN secara elektronik. Begitu juga jika anda membuat bayaran ke akaun di BSN dari kaunter bank lain, anda tidak perlu lagi menggunakan cek atau bank draf. Anda boleh menggunakan IBG untuk pengkreditan ke akaun di BSN. IBG mengambil masa 1 hari (tidak termasuk hari urusan) untuk urusan dikredit ke akaun penerima.
Jenis perkhidmatan yang ditawarkan melalui IBG:
Pembelian dan pembaharuan insurans kenderaan bermotor boleh dilakukan disemua Cawangan BSN diseluruh Negara. Syarikat Insurans yang terpilih adalah:
1. Bayaran atau pindahan ke akaun bank lain
• Anda dapat membuat pindahan wang ke akaun bank lain.
• Anda dapat membuat bayaran kad kredit atau bayaran balik pinjaman bank lain.
• Bayaran dapat dibuat secara tunai atau pindahan akaun.
2. Penerimaan bayaran dari bank lain
• Anda dapat membuat pindahan wang ke akaun BSN dari kaunter bank lain.
• Anda dapat membuat bayaran kad kredit atau bayaran balik pinjaman BSN dari kaunter bank lain.
3. Pengkreditan akaun oleh Syarikat / Majikan
• Majikan atau organisasi dapat membuat bayaran seperti gaji, bonus, bantuan,elaun dan agihan kepada penerima.
• BSN dapat membuat bayaran kepada akaun penerima di mana-mana bank.
• Majikan hanya perlu menghantar data bayaran secara elektronik ke BSN.
• Majikan akan dibekalkan sistem perkhidmatan penghantaran fail elektronik BSN ( FTP).
• Majikan dapat menghantar fail secara elektronik dan menerima laporan pengeposan bagi setiap urusan.
• Datang ke mana-mana kaunter BSN, isi borang IBG, Pastikan nombor akaun penerima adalah betul
• Serahkan kepada teller untuk dimasukkan ke dalam sistem.
• Pastikan anda membuat semakan dengan penerima setelah membuat bayaran/pindahan. Ini untuk memastikan akaun penerima telah dikredit.
Tuntutan balik & urusan yang tidak sah
• Tuntutan balik boleh di buat di mana-mana kaunter BSN.
• Urusan yang tidak di tuntut selama satu tahun akan dihantar ke Kumpulan Wang tak dituntut.
Nota : Sebahagian bank tidak menerima bayaran ansuran akhir atau penjelasan awal pinjaman kenderaan melalui IBG. Pelanggan perlu merujuk terus kepada bank terlibat bagi jenis bayaran terkini yang diterima.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my