Apakah itu Pindahan Dana Antara Bank (Interbank Fund Transfer )?
Pindahan dana antara Bank (IBFT) adalah satu kemudahan di ATM BSN dan lain-lain rangkaian
MEPS IBFT yang membolehkan pelanggan melakukan urusan pindahan wang secara
realtime online dari satu akaun ke satu akaun yang lain.
2.
Bagaimanakah untuk memindahkan wang melalui Rangkaian Perkongsian ATM MEPS (IBFT)?
Situasi pindahan wang melalui IBFT adalah seperti berikut:
3
Berapakah nilai (RM) maksimum harian bagi pindahan wang melalui IBFT?
Nilai maksimum harian bagi urusan pindahan wang melalui IBFT adalah RM5,000 sehari.
4.
Sekiranya saya telah menggunakan nilai maksimum harian bagi urusan pindahan wang melalui IBFT, bolehkah saya menggunakan perkhidmatan lain di ATM seperti pengeluaran wang tunai atau pembayaran bil secara pindahan?
Boleh. Nilai maksimum harian sebanyak RM5,000 hanyalah untuk IBFT sahaja.
5.
Adakah saya perlu mendaftarkan diri untuk menggunakan perkhidmatan IBFT ini?
Tidak perlu. Perkhidmatan ini sedia untuk digunapakai oleh pelanggan.
6.
Sekiranya pindahan telah dilakukan, bilakah wang tersebut akan masuk ke dalam akaun penerima?
Proses penghantaran wang melalui IBFT adalah secara realtime online. Wang tersebut akan masuk ke dalam akaun penerima serta merta.
7.
Bilakah waktu operasi IBFT?
IBFT beroperasi dari jam 4.00 pagi sehingga 2.00 pagi.
8.
Berapakah caj yang dikenakan ke atas pengguna bagi setiap urusan pindahan yang dilakukan?
Bagi setiap urusan IBFT yang berjaya, RM1.00 akan dikenakan ke atas pelanggan.
LANGKAH MUDAH PINDAHAN WANG MELALUI RANGKAIAN MEPS IBFT
Lawati mana-mana ATM BSN atau ATM lain yang menawarkan perkhidmatan IBFT
Masukkan kad ATM dan tekan nombor PIN anda
Pilih Pindahan Antara Bank MEPS
Pilih bank untuk akaun penerima
Masukkan nombor akaun simpanan/semasa penerima
Masukkan amaun pindahan
Nama akaun penerima akan dipaparkan di SKRIN ATM.
Sahkan butiran dan tekan Teruskan untuk melengkapkan transaksi.
Mesej pindahan wang berjaya akan dipaparkan di skrin ATM.
Sila simpan resit untuk rujukan.
SENARAI BANK YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN PINDAHAN WANG ANTARA BANK MELALUI RANGKAIAN MEPS IBFT
Affin Bank
Agro Bank
Alliance Bank
AmBank Group
Bank Rakyat
Bank Simpanan Nasional
Cimb Bank
EON Bank Group
Hong Leong Bank
Maybank
Public Bank
RHB
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my