Perkhidmatan kredit terus ke Akaun (Gaji/Lain lain bayaran)
Perkhidmatan kredit terus ke akaun adalah perkhidmatan yang membolehkan syarikat atau organisasi membuat sebarang jenis bayaran kepada pekerja atau penerima secara elektronik. Syarikat atau organisasi boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk membuat bayaran seperti bayaran gaji, bonus, elaun, dividen, komisyen, bayaran bantuan dan lain-lain.
Akaun penerima di Bank lain
Bagi penerima yang mempunyai akaun di bank perdagangan lain , bayaran akan dikredit melalui sistem Interbank GIRO (IBG). Syarikat atau organisasi hanya perlu menghantar data bayaran ke BSN.
Pembukaan akaun pekerja/penerima bayaran
BSN menyediakan kemudahan bagi syarikat/ organisasi untuk membuka akaun secara kelompok dipremis dimana pekerja/penerima bayaran berada.
Pengkreditan akaun oleh Syarikat / Organisasi
• Syarikat yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan kata laluan sistem perkhidmatan penghantaran fail elektronik BSN ( FTP). Sistem ini adalah dilengkapi dengan enkripsi yang selamat.
• Syarikat menyediakan data input menggunakan aplikasi klien FTP atau data boleh di impot dari sistem yang diselenggara oleh pihak syarikat.
• Pengesahan data adalah secara online, membolehkan pihak syarikat membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan nombor akaun penerima.
• Tarikh akhir penghantaran data adalah pukul 3.30 petang satu hari sebelum bayaran dibuat. Ini membolehkan pihak syarikat menapis dan menghantar data terkini dan mengelakkan daripada terpaksa memberi arahan tahan bayaran kepada bank oleh sebab pekerja berhenti atau bayaran perlu ditahan atas sebab sebab tertentu.
• Dana untuk bayaran boleh dihantar menggunakan perkhidmatan RENTAS Bank Negara Malaysia, IBG atau melalui cek. Dana untuk bayaran perlu diterima oleh BSN sebelum bayaran dapat dibuat.
• Selepas pengkreditan ke akaun penerima, syarikat akan dibekalkan dengan laporan pengeposan yang boleh di muat turun (download) dari server. Bagi bayaran yang memerlukan pengemaskinian semula, BSN menyediakan fail output untuk tujuan tersebut.
Sila hubungi 03-2162 3222 samb: 6615 / 6672 / 6683 untuk temu janji.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my