Perkhidmatan debit terus adalah perkhidmatan yang membolehkan syarikat atau organisasi membuat sebarang jenis kutipan atau potongan terus dari akaun pembayar. Pembayar mestilah terlebih dahulu memberi persetujuan untuk turut serta dalam skim ini. Syarikat atau organisasi boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk membuat kutipan bayaran bulanan seperti kutipan premium insuran, bayaran balik pinjaman dan lain-lain kutipan berkala termasuk bayaran bil. .
Syarikat menghantar data debit secara berkala
Syarikat boleh menghantar data potongan secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Data potongan dihantar mengguna kaedah penghantaran data elektronik.
Pengkreditan akaun oleh Syarikat / Organisasi
• Syarikat yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan kata laluan sistem perkhidmatan penghantaran fail elektronik BSN ( FTP). Sistem ini adalah dilengkapi dengan enkripsi yang selamat.
• Syarikat menyediakan data input menggunakan aplikasi klien FTP atau data boleh di impot dari sistem yang diselenggara oleh pihak syarikat.
• Tarikh akhir penghantaran data adalah pukul 3.30 petang satu hari sebelum potongan akaun dibuat. Ini membolehkan pihak syarikat menapis dan menghantar data terkini.
• Selepas akaun pembayar di debit, syarikat akan dibekalkan dengan fail output untuk memudahkan pihak syarikat mengemaskini sistem mereka. Laporan pengeposan yang boleh di muat turun (download) dari server juga dibekalkan.
Sila hubungi 03-2162 3222 samb: 6615/6672/6683 untuk temu janji.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my