Bagi pemilik Sijil Simpanan Premium yang berkelayakan, menerusi skim ini yang berlandaskan prinsip Syariah, Bai' Al 'Inah anda bukan sahaja masih layak menyertai cabutan SSP yang menawarkan hadiah-hadiah menarik malah anda juga boleh menikmati lebihan tunai di tangan.
Cara Bayaran
Arahan Tetap mana-mana akaun BSN; atau
Bayaran tunai/cek di kaunter BSN
Kadar Keuntungan (asas tetap) dan Tempoh Bayaran
4.00% bagi tempoh 3 - 10 tahun
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Berumur antara 18 - 62 tahun (tidak melebihi 65 tahun semasa pembiayaan tamat)
Pemilik Sijil Simpanan Premium (SSP)
Had Pembiayaan
Sehingga 95% dari nilai sijil
Minimum pembiayaan RM 5,000;
RM 5,000 sehingga RM 20,000 bagi tempoh pembiayaan 3 - 5 tahun; atau
RM 20,500 dan ke atas bagi tempoh pembiayaan 3 - 10 tahun.