Satu pakej pembiayaan peribadi - i mengikut prinsip Bai' Al 'Inah hasil usahasama di antara Bank Simpanan Nasional dan Arianworks Sdn Bhd (AWSB) yang dikenali sebagai BSN MyHome iaitu satu pakej pembelian peralatan rumah serta penambahbaikan terhadap rumah kediaman yang disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi.
Cara Bayaran
Arahan tetap
Melalui Arahan Tetap Kad Kredit-i BSN (Al Aiman / Visa dan MasterCard BSN)
Kadar Keuntungan (asas tetap) dan Tempoh Pembiayaan
5.60% bagi tempoh 2 hingga 5 tahun ;atau
6.00% bagi tempoh 6 hingga 10 tahun
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 60 tahun.
Kakitangan kerajaan / badan berkanun / Agensi Kerajaan / Syarikat Senaraian Awam / Syarikat milik Kerajaan (GLC) / firma-firma professional terpilih / Organisasi yang diluluskan oleh BSN.
Pendapatan kasar (individu) atau bersama (suami dan isteri) tidak kurang dari RM10,000.00 sebulan.
Pemegang akaun Giro-i BSN.
Had Pembiayaan
Had pembiayaan adalah RM 20,000 - RM 100,000.
Penjamin
Tanpa penjamin
Dokumen Diperlukan
2 salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
Salinan kad pekerja atau kad perniagaan (majikan) yang terkini.
Salinan borang J untuk 1 tahun bagi 2 tahun ke belakang atau penyata caruman kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) atau penyata akaun simpanan / semasa terkini.
Salinan slip gaji untuk 1 bulan terakhir yang disahkan.
NOTA: Tertakluk kepada syarat dan terma semasa.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my