BSN Matrix-i disediakan kepada pemegang Akaun Simpanan GIRO-i. Jadi, tiada alasan yang lebih baik untuk tidak membawa wang tunai,selain daripada BSNMatrix-i. Ia bukan sekadar sekeping kad ATM, malah berfungsi sebagai wang tunai dalam sekeping kad. Anda hanya perlu menurunkan tandatangan dan beli, tanpa perlu bimbang mengenai ansuran bulanan atau ujrah (upah) tambahan.
BSN Matrix-i merupakan kad ATM/Debit secara Islam yang pertama di Malaysia yang menggunakan VISA.
BSN Matrix-i juga merupakan kad ATM/Debit secara Islam yang menggunakan prinsip Syariah, ujrah (upah).
Sebagai kad debit, BSN MATRIX-i boleh digunakan untuk membeli-belah, melancong,
menjamu selera dan banyak lagi di semua rangkaian perniagaan yang mempamerkan logo
VISA dan Visa Electron di Malaysia dan diluar negara
Amaun urusniaga akan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO-i anda. Anda dinasihatkan menyimpan resit pembelian untuk rujukan.
Bagi urusan yang dibuat di luar negara, amaun pembelian akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO-i anda.
Hibah (Bonus) Wang Tunai Bagi Setiap Pembelian :
Hibah tunai akan diberikan bagi setiap pembelian yang menggunakan Kad BSN MATRIX-i
Hibah (bonus) tunai pada kadar 0.5% akan dikira setiap 3 bulan dan bonus dikreditkan ke dalam akaun pada bulan ke 4
Akaun yang ditutup sebelum genap tarikh ulang tahun permohonan kad tidak
layak menerima hibah tunai
Pengiraan hibah boleh dirujuk pada jadual dibawah.
BULAN
PEMBELIAN
(RM)
PEMBELIAN TERKUMPUL (RM)
HIBAH TUNAI TERKUMPUL
(RM)
1
50.00
50.00
0.25
2
80.00
130.00
0.65
3
850.00
980.00
4.90
HIBAH RM 4.90 DIKREDIT PADA BULAN 4
4
1,000.00
1,000.00
5.00
5
-
1,000.00
5.00
6
100.00
1,100.00
5.50
HIBAH RM 5.50 DIKREDIT PADA BULAN 7
7
2,500.00
2,500.00
12.50
8
2,000.00
4,500.00
22.50
9
7,000.00
11,500.00
57.50
HIBAH RM 57.50 DIKREDIT PADA BULAN 9
10
4,500.00
4,500.00
22.50
11
5,000.00
9,500.00
47.50
12
11,000.00
20,500.00
102.50
HIBAH RM 102.50 DIKREDIT PADA BULAN 13
* Kadar hibah tertakluk kepada perubahan tanpa notis
Anda Boleh Menetapkan Perbelanjaan Harian :
Kad yang mengawal perbelanjaan anda dengan membenarkan anda menetapkan had perbelanjaan harian anda semasa memohon Kad BSN MATRIX-i
Penukaran had perbelanjaan harian juga boleh dibuat di mana-mana mesin ATM BSN
Kelebihan Kad BSN MATRIX-i Sebagai Kad ATM
Anda boleh menggunakan Kad BSN MATRIX-i di ATM milik BSN untuk membuat urusan penyemakan baki akaun, pengeluaran wang tunai, pindahan wang, penukaran nombor PIN, pembayaran bil dan penyata mini
Di CDM (Mesin Deposit Tunai) milik BSN juga anda boleh membuat urusan penyemakan baki akaun, pindahan wang dan bayaran bil melalui pindahan
Kad BSN MATRIX-i anda juga boleh digunakan untuk menyemak baki dan mengeluarkan wang tunai, di mana-mana ATM bukan milik BSN yang memaparkan logo MEPS dan VISA di Malaysia dan di seluruh dunia
Anda dinasihatkan menggunakan ATM milik BSN untuk semua urusan di Malaysia. ATM BSN beroperasi selama 22 jam mulai jam 04:00 - 06:00
Bagi setiap urusan pengeluaran yang dibuat di mesin ATM bukan milik BSN yang mempunyai logo MEPS akan dikenakan bayaran urusniaga sebanyak RM1.00
Bayaran urusniaga akan dikenakan sebanyak RM1.25 untuk setiap urusan pertanyaan baki dan RM12.00 untuk urusan pengeluaran wang tunai yang dilakukan melalui mana-mana ATM bukan milik BSN sekiranya berada di luar negara dengan menggunakan kemudahan VISA
Bagi pengeluaran wang tunai yang dilakukan di luar negara, amaun yang dikeluarkan akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO-i anda
Maklumat Urusan
Bagi Akaun BSN GIRO-i yang dikendalikan melalui penyata, amaun perbelanjaan VISA Electron dan urusan di ATM/CDM akan ditunjukkan dalam penyata bulanan yang dihantar melalui kiriman pos
Penyata akan dihantar ke alamat tetap/berdaftar anda di Malaysia
Bagi pelanggan yang mengendalikan akaun melalui buku akaun, maklumat urusan (VISA Electron dan ATM) boleh dikemaskini di mana-mana cawangan BSN
Cara Untuk Mendapatkan Kad BSN MATRIX-i
Sekiranya anda berusia 12 tahun dan ke atas, serta mempunyai Akaun Simpanan GIRO-i, anda boleh memohon BSNMATRIX-i. dengan simpanan minimum RM50 di mana-mana cawangan BSN
Bayaran sebanyak RM8 (Akaun Dewasa) dan RM5 (akaun Remaja) dikenakan untuk mendapatkan Kad BSN MATRIX-i
Tempoh laku Kad BSN MATRIX-i adalah sehingga Disember 2012. Anda perlu memperbaharuinya apabila tempoh sah laku tamat. Kad Hilang
Laporkan kehilangan kad anda kepada :
Bahagian Khidmat Pelanggan
Wisma BSN
117, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel. : 03-2142 5258
Faks : 03-2710 7252
Kad akan dibatalkan serta merta dan satu kad baru akan dikeluarkan untuk anda.
Kad BSN GIRO-i disediakan untuk pemegang Akaun Simpanan GIRO-i. Kad ini boleh diperolehi dengan segera menerusi semua cawangan BSN seluruh Negara apabila membuka Akaun Simpanan GIRO-i.
Kad ini hanya terhad kepada penggunaan pengeluaran wang tunai di mesin ATM BSN atau mana-mana mesin ATM Bank Perdagangan lain yang mempunyai kemudahan MEPS. Kad ini tidak boleh digunakan bagi urusan di POS ( Point of sale ) dan pengeluaran di mesin ATM luar negara. Kad ini juga boleh digunakan untuk urusan bayaran bil dan pindahan wang menerusi mesin ATM BSN dan Mesin Deposit Tunai BSN.
Had pengeluaran, pindahan wang tunai dan pembayaran bil bagi Kad BSN GIRO-i dan BSN Matrix-i
Bil.
Perkara
Had Maksima Sehari
Had Maksima Urusan Sehari
Had Maksima Setiap Urusan
1
Pengeluaran Wang Tunai
a) Dewasa
RM 3,000
3 Kali
RM 1,500
b) Remaja
RM 1,000
3 Kali
RM 1,000
2
Pindahan Wang Ke Akaun Lain
a) Dewasa
RM 3,000
-
-
b) Remaja
RM 1,000
-
-
3
Pembayaran Kad Kredit BSN & Bil-Bil Lain
- Tiada Had Tertakluk Kepada Baki Akaun
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my