Dr. Mohd Fuad Bin Md Sawari sekarang ini merupakan Penolong Profesor di Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Shariah dari Akademi Islam Universiti Malaya; Ijazah Sarjana dalam bidang Fiqh & Usul Fiqh dari Fakulti Shariah, Universiti Jordan, Amman. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau kini merupakan koordinator untuk program Diploma Ilmu Wahyu, UIAM. Beliau juga merupakan salah seorang anggota di International Institute of Islamic Banking and Finance, UIAM. Selain itu, beliau adalah anggota Jawatankuasa Penasihat Syariah untuk Prudential BSN Takaful Berhad. Kajian beliau menjurus kepada isu-isu Muamalat, Takaful, Kaedah-kaedah Fiqh, Perdagangan Elektronik dan Asas-asas Hukum Islam (Usul Fiqh).
DR. FAUZIAH BINTI MOHD NOOR
Ahli
Dr. Fauziah Binti Mohd Noor merupakan Pensyarah serta memegang jawatan sebagai Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau menerima ijazah pertama dalam bidang Shariah dari Fakulti Shariah, Akademi Islam Universiti Malaya. Beliau kemudian memperoleh master dalam bidang undang-undang dari School of Oriental And African Studies, Universiti of London, seterusnya dianugerahkan Ph. D dari Universiti of Bermingham dalam bidang Undang-undang Algrikultur; Perbandingan di antara Undang-undang Algrikultur Islam dan Undang-undang Malaysia. Beliau juga merupakan penasihat untuk Unit pengurusan Tanah dan Persekitaran (LATEM), Pusat Undang-undang, UIAM. Beliau merupakan pakar dalam bidang Undang-undang Transaksi Islam, Falsafah Islam, Undang-undang Kekeluargaan Islam, Undang-undang Agrikultur dan Tanah serta Undang-undang Air.
ENCIK RAMAWAN BIN AB. RAHMAN
Ahli
Encik Ramawan Bin Ab. Rahman merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Beliau menerima B.A (Hons) Usuluddin dan Ekonomi di Universiti Malaya dan menyambungkan di peringkat M. Phil dalam bidang Ekonomi Islam. Selain itu, beliau merupakan Timbalan Nazir Masjid Proton, Shah Alam. Pengkhususan beliau adalah dalam Ekonomi Islam, Kewangan Islam, Keusahawanan Islam, Tamadun Islam, dan Pemikiran Islam Semasa.
ENCIK ZAINUDIN BIN ISMAIL
Ahli
Encik Zainudin Bin Ismail merupakan Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM. Beliau menerima B.A (Hons) Shariah di Universiti Al Azhar, Mesir. Seterusnya menyambung pengajian dalam Master Perbandingan Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pengkhususan beliau adalah dalam Fiqh al Muamalat, Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful, Pasaran Modal Islam, Qawaid Fiqhiyyah, dan Usul al Fiqh.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my