| 1. |
Apakah unit amanah? |
| |
Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Dana tersebut akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus professional yang akan melabur wang tersebut dalam pelbagai portfolio seperti ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya. |
| |
|
| 2. |
Apakah kelebihannya melabur dalam unit amanah? |
| |
Kepelbagaian Pelaburan
Pelabur dalam saham amanah selalunya dapat menyertai sekuriti yang lebih luas berbanding pelaburan secara perseorangan. Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian.
Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.
Pengurusan Profesional sepenuh masa
Anda akan mendapat faedah daripada pengurus pelaburan yang profesional dan berpengalaman untuk menguruskan pelaburan anda sepenuh masa berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.
Tahap kecairan yang tinggi
Urusniaga unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam sesebuah syarikat dimana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Pelabur di unit amanah boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa.
Pertumbuhan modal
Pelaburan dalam unit amanah mempunyai potensi untuk memberikan para pelabur pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada) dan kenaikan nilai modal. |
| |
|
| 3. |
Berapakah jumlah minimum pelaburan permulaan dan tambahan? |
| |
Pelaburan permulaan minimum ialah 100 unit manakala pelaburan tambahan minimum ialah 50 unit.
Apakah yang dimaksudkan dengan harga hadapan atau “forward pricing”?
Ini bermakna permohonan yang lengkap untuk membeli unit-unit serta permohonan yang lengkap untuk menjual balik unit-unit yang diterima oleh Permodalan BSN Berhad pada sesuatu hari urusniaga akan menggunakan harga unit yang dikira pada petang hari berkenaan selepas pasaran saham ditutup yang mana ia akan disiarkan keesokan hari atau pada hari urusniaga berikutnya.
|
| |
|
| 4. |
Adakah saya ‘diberi jaminan’ akan menerima pengagihan pendapatan? |
| |
Pada umumnya pengagihan pendapatan adalah tertakluk kepada prestasi tabung tersebut. Pengagihan pendapatan yang dibayar kepada pemegang unit adalah berpunca dari pendapatan pelaburan dari semasa ke semasa mengikut pasaran. Jika tabung tersebut hanya memperoleh keuntungan yang sedikit atau tiada langsung keuntungan, pengagihan pendapatan tidak akan dibuat. Oleh itu, pengagihan tidak dijamin. |
| |
|
| 5. |
Bagaimanakah cara mengira nilai pelaburan saya? |
| |
Nilai pelaburan anda boleh ditentukan dengan mendarabkan jumlah pelaburan (unit) yang dipegang dengan harga belian (seunit) semasa. |
| |
|
| 6. |
Dimanakah boleh saya mendapatkan atau menyemak harga pasaran unit dana? |
| |
Harga pasaran boleh didapati di semua akhbar harian utama tempatan berbahasa Melayu dan Inggeris. |
| |
|
| 7. |
Bagaimanakah caranya bagi saya untuk menjual balik pelaburan? |
| |
Anda boleh menjual balik (tebus semula) pada bila-bila masa dan di mana-mana
Cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara pada harga belian semasa yang ditentukan. Anda hanya perlu memenuhkan Borang Permohonan Membeli balik yang terdapat di belakang sijil unit (bagi unit bersijil).Bagi pemegang-pemegang unit yang tidak dikeluarkan sijil, anda perlu mengisi Borang permohonan belian balik ASBSN 21 atau menulis surat kepada pengurus bagi urusan belain balik. Pengurus akan membeli balik unit-unit mereka berdasarkan tarikh menerima borang yang lengkap. |
| |
|
| 8. |
Adakah Pengurus menghadkan jumlah unit yang hendak di jual balik? |
| |
Pengurus tidak menghadkan jumlah unit minimum dan kekerapan pemegang-pemegang unit untuk belian balik atau penebusan unit. |
| |
|
| 9. |
Berapa lamakah saya akan mendapat bayaran tersebut? |
| |
Bagi belian balik dibawah nilai RM5,000.00 anda akan memperolehi tunai di cawangan-cawangan BSN. Walaubagaimanapun, belian balik lebih dari RM5,000.00, pembayaran akan dibuat dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh belian balik tersebut. |
| |
|
| 14 |
Berapa kerapkah penyata pelaburan akan dihantar kepada saya? |
| |
Penyata pelaburan akan dihantar kepada pelabur dua kali setahun iaitu pelaburan berakhir 30 Jun dan 31 Disember berserta Lapuran Pengurus. Sekiranya anda memerlukan penyata pelaburan untuk penyemakan, anda boleh terus berhubung dengan Unit Khidmat Pelanggan dari semasa ke semasa. |
| |
|
| 11. |
Apakah jaminan terhadap harga-harga unit bagi dana ini? |
| |
Harga unit akan meningkat atau menurun mengikut pasaran. Sekiranya keadaan pasaran meningkat, nilai unit-unit anda turut meningkat begitu juga sebaliknya |
| |
|
| 12. |
Bagaimanakah cara saya mengemaskinikan data-data? |
| |
Anda boleh menghantar terus maklumat-maklumat tersebut kepada Unit Khidmat Pelanggan, ke alamat Permodalan BSN Berhad, Tingkat 18, Wisma BSN, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. Anda juga boleh fakskan surat anda melalui nombor faks: 03-2164-7336 ataupun menghantar melalui e-mel ke: asbsn@pbsn.com.my. |
| |
|
| 13. |
Apakah risiko-risiko melabur dalam unit amanah? |
| |
Semua pelaburan mempunyai risiko. Risiko melabur dalam unit amanah adalah seperti berikut :
Risiko Pasaran
Pada keseluruhannya pasaran saham adalah tertakluk kepada turun naik harga saham dan keadaan ini mempengaruhi harga unit-unit dana kerana sebahagian besar pelaburan Dana ini terdiri dari saham-saham yang diuruskan di BSKL.
Pulangan Pendapatan
Pulangan pendapatan sekiranya ada, yang dibayar kepada anda adalah berpunca dari pendapatan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kadar pembayaran tidak dapat ditentukan lebih awal.
Risiko pembiayaan pinjaman
Jika anda mendapat kemudahan pinjaman untuk membeli unit, anda hendaklah faham bahawa:
|
Pembelian melalui pinjaman mungkin mendatangkan keuntungan atau kerugian |
|
Sekirannya nilai pelaburan merosot di bawah sesuatu tahap tertentu, anda mungkin dikehendaki mengurangkan jumlah baki pinjaman di suatu tahap yang diperlukan oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman. |
|
Kemampuan anda membayar balik ansuran pinjaman mungkin akan terjejas di masa hadapan oleh perkara yang tidak diduga. |
|
| |
|
| 14. |
Apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh waris jika pemegang unit meninggal dunia? |
| |
Sila rujuk Seksyen Borang (Senarai Semak) |
| |
|
| SOAL JAWAB AGIHAN |
| |
|
| S: |
Bagaimana agihan pendapatan dikira? |
| J: |
Pengiraan pendapatan dikira berdasarkan baki akhir ASBSN setiap tahun kewangan, dengan kadar yang diumumkan oleh pihak pengurusan |
| |
|
| S: |
Berapakan kadar agihan pendapatan yang pernah dibayar kepada pelabur sejak ianya dilancarkan? |
| J: |
Kadar agihan pendapatan yang terdahulu adalah :
1995 : 8.00 sen
1996 : 9.12 sen
1997 : 2.62 sen
2003 : 2.17 sen
2004 : 3.50 sen
2006 : 1.21 sen
2007 : 3.00 sen
2008 : 3.00 sen
2009 : 1.50 sen |
| |
|
| S: |
Apakah cara pembayaran agihan pendapatan ? |
| J: |
Pembayaran dilakukan melalui 3 cara iaitu melalui akaun GIRO, cek dan pelaburan semula. (mengikut permohonan pelabur yang terkini) |
| |
|
| S: |
Apakah yang dilakukan sekiranya cek tidak ditunaikan? |
| J: |
Cek agihan pendapatan yang dikirimkan kepada para pelabur dan tidak ditunaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh cek agihan pendapatan tersebut, Pengurus (PBSN) berhak untuk mengambil tindakan melabur semula ke atas cek (yang tidak ditunai) dalam bentuk unit tambahan sebagaimana peruntukan fasal 28.2 surat Ikatan Amanah ASBSN. Sekiranya tiada unit ASBSN untuk dilaburkan semula wang agihan pendapatan tersebut akan dihantar ke Pendaftar Wang Tak Dituntut. |
| |
|
| S: |
Bagaimana hendak menuntuk agihan pendapatan yang telah dihantar kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut? |
| J: |
Bagi agihan pendapatan dari tahun 1995-1997 yang telah diambil oleh para pelabur, pihak pengurusan telah menghantarnya kepada Pendaftar WTD. Para pelabur perlu memajukan dokumen-dokumen berikut kepada pendaftar WTD:-
- Borang UMA 7 (3 salinan )
- Salinan kad pengenalan
- Surat pengesahan PBSN (mengenai bagi agihan pendapatan pelabur)
Borang UMA 7 dan surat pengesahan disediakan oleh PBSN untuk kemudahan pelabur berurusan dengan pendaftar WTD |
| |
|
| S: |
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya cek yang dikirim tidak diterima? |
| J: |
Pelabur perlu memaklumkan kepada PBSN agar cek gantian boleh dibuat. |
| |
|
| S: |
Bagaimana saya hendak menuntut pelepasan cukai yang dikenakan ke atas agihan pendapatan? |
| J: |
Dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967, semua agihan pendapatan akan dikenakan
cukai. Justeru itu, agihan pendapatan ASBSN telah ditolak cukai pendapatan sebelum diagihkan kepada pelabur. Pelabur perlu menyimpan waran agihan pendapatan untuk dikembarkan bersama borang BE dari Jabatan Hasil Dalam Negeri. |
| |
|
| S: |
Waran agihan pendapatan hilang? |
| J: |
Sekiranya waran dividen hilang ianya perlu dilaporkan kepada PBSN, untuk mendapatkan salinan waran yang disahkan oleh Ketua Eksekutif atau Pengurus Dana. |
| |
|
| S: |
Pelabur hendak membuat pertukaran cara pembayaran agihan pendapatan? |
| J: |
Sekiranya pelabur hendak membuat pertukaran pembayaran agihan pendapatan dimasa akan datang, mereka perlulah mengisi borang pertukaran cara pembayaran agihan pendapatan di cawangan atau menghantar surat permohonan kepada PBSN. |
| |
|
| S: |
Bilakah agihan pendapatan 2004 akan dibayar kepada pelabur? |
| J: |
Pembayaran akan dibuat mulai pertengahan bulan Mac 2005 |
| |
|