|
Permodalan BSN Berhad (PBSN), sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 13 Oktober 1994 di bawah Akta Syarikat, 1965, adalah subsidiari pengurusan dana yang dimiliki penuh oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Modal dibenarkan PBSN adalah RM40,000,000 yang mengandungi 40,000,000 saham biasa pada harga RM1.00 setiap saham dan modal berbayar berjumlah RM2,000,000. PBSN telah mula beroperasi pada 2 Januari 1995. PBSN mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman sebagai pengurus dana amanah saham melalui dana yang pertamanya, Amanah Saham Bank Simpanan Nasional yang telah dilancarkan pada 12 Januari 1995. PBSN memperolehi lesen untuk pengurusan dana pada 8 Mei 2005 daripada Suruhanjaya Sekuriti di bawah akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Dengan pelancaran BSN Dana Al-Jadid, pada 18 Jun 2008, dana syariah yang pertama bagi PBSN, ianya menandakan satu era baru untuk PBSN dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan berkualiti kepada orang awam.
Ringkasan Sejarah dan Penubuhan PBSN
|