Pengurus Pinjaman Konsumer (seluruh negeri)
Tanggungjawab Utama :
  • Bertanggungjawab dalam mengetuai dan merancang aktiviti operasi perniagaan bagi memastikan objektif kewangan Bank dapat dicapai.
  • Membangun dan menganalisa strategi pemasaran terbaik serta memperkukuhkan rangkaian liputan dengan mengenal pasti potensi pasaran untuk ditembusi serta meletakkan taraf sebagai produk yang diidamkan.
  • Menangani risiko berkaitan pinjaman peribadi bertujuan untuk mengawalselia keuntungan dan reputasi Bank.
  • Mengkaji semula rancangan produk pinjaman peribadi dan membuat penambah baikan ke atas operasi serta hal yang melibatkan teknologi terkini.
  • Menyelia prestasi produk serta sentiasa dari masa kesemasa memperbincangkan mengenai pencapaian jualan, kuota dan objektif sebagai matlamat untuk menjana hasil keuntungan.
  • Menyemak semula perjanjian pinjaman bagi menjamin ianya lengkap dan tepat berlandaskan polisi serta memastikan pematuhan yang tegas dalam setiap urusniaga.
    Kelayakan :
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau sijil profesional dalam apa juga bidang daripada institusi penggajian tinggi yang diiktiraf.
  • 10 tahun pengalaman di dalam industri kewangan dan 5 tahun dalam peringkat pengurusan pemasaran.
  • Kebolehan berkomunikasi serta mempunyai kepakaran sebagai perunding dan pakar rujuk.
  • Berkemahiran tinggi dalam bidang khidmat pelanggan, jualan dan pemasaran.
  • Berfikiran analitik, sentiasa bertindak ke arah mencapai sasaran dan berkebolehan untuk berinteraksi dengan semua peringkat golongan.