Nikmati penjimatan hebat atas
Program Pemindahan Baki ( RM50 Rebat Tunai )
Pelan
Tempoh(bulan)
Kadar Faedah / Caj Keuntungan
Amaun Pindahan Minimum (RM)
A
3
0% sebulan
500
B
6
0% sebulan
1,000
C
9
0.30% sebulan dengan 6 bulan 0% kadar faedah/caj keuntungan
2,000
D
12
0.30% sebulan dengan 6 bulan 0% kadar faedah/caj keuntungan
3,000
E
18
0.375% sebulan dengan 8 bulan 0% kadar faedah/caj keuntungan
5,000
F
24
0.375% sebulan dengan 12 bulan 0% kadar faedah/caj keuntungan
6,000
Kini anda dapat menjimatkan caj kewangan dan mendapat Rebat Tunai RM50 apabila anda menyertai Program Pemindahan Baki Kad Kredit BSN. Pemindahan Baki adalah satu kemudahan yang ditawarkan kepada Pemegang Utama Kad Kredit Visa/Mastercard BSN sedia ada dan juga Pemegang Utama Kad Kredit institusi kewangan lain yang memohon menjadi Pemegang Utama Kad Kredit BSN di mana mereka boleh membuat pemindahan baki belum jelas kad kredit dari institusi-institusi kewangan lain ke BSN.
BSN menawarkan Program Pemindahan Baki yang menarik bagi semua pemegang-pemegang kad kredit BSN (rujuk jadual di atas). Menerusi kemudahan ini pemegang kad dapat menikmati penjimatan keatas bayaran caj kewangan .
Pindahan Baki yang layak untuk mendapat Rebat Tunai RM50 adalah untuk Pindahan Baki minimum RM5,000 (hanya untuk plan E & F sahaja)
Bagaimanakah Program Pemindahan Baki (RM50 Rebat Tunai)berfungsi?
Permohonan Pemindahan Baki akan di proses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen-dokumen lengkap daripada pemegang kad. Apabila permohonan Pemindahan Baki diluluskan, BSN akan menjelaskan jumlah baki belum jelas dengan bank lain menerusi cek mengikut amaun yang telah diluluskan oleh BSN. Amaun pemindahan ini kemudian akan dipindahkan ke dalam satu akaun pemindahan baki baru yang diperuntukkan kepada pemegang kad kredit BSN.
Siapakah yang layak memohon?
Pemegang Utama Kad Kredit Visa/Mastercard BSN sedia ada.
Pemegang Utama Kad Kredit Visa/Mastercard (termasuk Kad Caj) dari institusi kewangan lain yang memohon menjadi Pemegang Utama Kad Kredit Visa/Mastercard BSN.
Apakah pakej yang ditawarkan oleh BSN di bawah Program Pemindahan Baki(Rebat Tunai RM50)?
Rebat Tunai sebanyak RM50 akan diberikan kepada Pemegang Kad sekiranya menyertai Progam Pindahan Baki Pelan E and F yang diluluskan oleh pihak BSN dengan terma dan syarat yang tertakluk didalam Program Promosi Rebat Tunai.
Pindahan minimum yang diterima adalah RM 500 ( terendah dipasaran).
Pindahan maksimum adalah sehingga had kredit yang sedia ada dengan BSN.
Kos Pindahan/Pemprosesan - PERCUMA.
Apakah kelebihan yang akan diperoleh oleh pemegang kad BSN yang membuat Pemindahan Baki ?
Penjimatan wang ke atas pembayaran faedah kad kredit.
Pengurusan kewangan yang lebih baik kerana semua baki kredit akan digabungkan di dalam satu penyata mudah.
Bagaimanakah untuk memohon?
Sungguh mudah. Anda hanya perlu :
Lengkapkan borang permohonan pemindahan baki.
Sertakan salinan penyata akaun (akaun-akaun) kad kredit/kad caj terakhir daripada bank lain yang ingin dibuat pemindahan baki.
Hantarkan dokuman melalui cawangan BSN berdekatan atau melalui pos kepada : Bahagian Pemprosesan & Pentadbiran Kredit
Jabatan Pengurusan Kredit
Tingkat 2, Wisma BSN
117, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my