Ia adalah Kad ATM yang dikeluarkan oleh BSN apabila anda membuka Akaun Simpanan GIRO. Kad ini boleh juga digunakan di POS (point-of-sale) untuk membeli-belah, menjamu selera dan lain-lain.
BSN juga menyediakan BSN Matrix-i iaitu kad debit berlandaskan konsep syariah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Untuk maklumat lanjut
Kelebihan Kad BSN MATRIX
Kad BSN MATRIX bukan sahaja kad ATM, tetapi juga berfungsi sebagai kad debit dan boleh digunakan untuk membeli-belah, melancong, menjamu selera dan banyak lagi. Ianya juga memberi bonus tunai setiap kali anda berbelanja. Pendek kata, kad ini memudahkan anda kerana ia boleh dibawa untuk membeli-belah dan lain-lain kegunaan tanpa perlu membawa wang tunai.
Gunakannya di Rangkaian Perniagaan Untuk membeli-belah...
Anda boleh menggunakan Kad BSN MATRIX di mana-mana rangkaian perniagaan di Malaysia dan di seluruh dunia yang memaparkan logo VISA atau VISA Electron.
Cara membayar adalah sangat mudah
Amaun urusniaga akan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO anda. Anda dinasihatkan menyimpan resit pembelian untuk rujukan.
Bagi urusan yang dibuat di luar negara, amaun pembelian akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO anda.
Bonus Wang Tunai bagi setiap pembelian
Bonus tunai akan diberikan bagi setiap pembelian yang menggunakan Kad BSN MATRIX
Bonus tunai pada kadar 0.5% akan dikira setiap 3 bulan dan bonus dikreditkan ke dalam akaun pada bulan ke 4
Tiada bonus dibayar bagi akaun yang ditutup dalam tempoh pengiraan 3 bulan
Contoh Pengiraan Bonus Tunai
BULAN
PEMBELIAN
(RM)
PEMBELIAN TERKUMPUL (RM)
BONUS TUNAI TERKUMPUL
(RM)
1
50.00
50.00
0.25
2
80.00
130.00
0.65
3
850.00
980.00
4.90
BONUS RM 4.90 DIKREDIT PADA BULAN 4
4
1,000.00
1,000.00
5.00
5
-
1,000.00
5.00
6
100.00
1,100.00
5.50
BONUS RM 5.50 DIKREDIT PADA BULAN 7
7
2,500.00
2,500.00
12.50
8
2,000.00
4,500.00
22.50
9
7,000.00
11,500.00
57.50
BONUS RM 57.50 DIKREDIT PADA BULAN 9
10
4,500.00
4,500.00
22.50
11
5,000.00
9,500.00
47.50
12
11,000.00
20,500.00
102.50
BONUS RM 102.50 DIKREDIT PADA BULAN 13
* Kadar bonus tertakluk kepada perubahan tanpa notis
Penyata Urusan
Bagi Akaun BSN GIRO yang dikendalikan melalui penyata, amaun perbelanjaan VISA Electron dan urusan di ATM akan ditunjukkan dalam penyata bulanan yang dihantar melalui kiriman pos oleh BSN
Penyata akan dihantar ke alamat tetap/berdaftar anda di Malaysia
Bagi pelanggan yang mengendalikan akaun melalui buku akaun, amaun urusniaga (VISA Electron dan ATM) boleh dikemaskini di mana-mana cawangan BSN
Gunakannya di Mesin ATM
Anda boleh menggunakan Kad BSN MATRIX di ATM milik BSN untuk membuat urusan penyemakan baki akaun, pengeluaran wang tunai, pindahan wang, penukaran nombor PIN, pembelian SSP, pembayaran bil dan penyata mini
Kad BSN MATRIX anda juga boleh digunakan untuk menyemak baki dan mengeluarkan wang tunai, di mana-mana ATM bukan milik BSN yang memaparkan logo MEPS dan VISA di Malaysia dan di seluruh dunia
Anda dinasihatkan menggunakan ATM milik BSN untuk semua urusan di Malaysia. ATM BSN beroperasi selama 22 jam mulai jam 04:00 - 06:00
Bayaran urusniaga akan dikenakan sebanyak RM1.25 untuk setiap urusan pertanyaan baki dan RM12.00 untuk urusan pengeluaran wang tunai yang dilakukan melalui mana-mana ATM bukan milik BSN sekiranya berada di luar negara dengan menggunakan kemudahan VISA
Bagi pengeluaran wang tunai yang dilakukan di luar negara, amaun yang dikeluarkan akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO anda
Bagaimana Untuk Mendapatkan Kad BSN MATRIX?
Anda perlu membuka Akaun BSN GIRO dengan simpanan minimum RM50 di mana-mana cawangan BSN.
Bayaran sebanyak RM8 (Akaun Dewasa) dan RM5 (akaun Remaja) dikenakan untuk mendapatkan Kad BSN MATRIX.
Sudahkah anda menukarkan kad lama anda kepada Kad BSN MATRIX "bercip" ?
Jika anda mempunyai Kad BSN GIRO, Kad Maestro atau Kad BSN MATRIX berjalur magnetik, anda diwajibkan menukar kad anda kepada Kad BSN MATRIX "bercip" dengan memohon menerusi mana-mana cawangan BSN berhampiran.
Pemegang Kad BSN MATRIX berjalur magnetik juga boleh memohon untuk membuat penukaran kad melalui ATM milik BSN.
Bayaran sebanyak RM10 (Akaun Dewasa) dan RM5 (Akaun Remaja) dikenakan untuk penukaran kad.
Tempoh Laku Kad
Tempoh laku Kad BSN MATRIX adalah sehingga Disember 2012. Anda perlu memperbaharuinya apabila tempoh sah laku tamat.
Kehilangan Kad
Kehilangan atau kecurian kad BSN MATRIX hendaklah dilaporkan kepada pihak Bank dengan segera. Semua laporan melalui telefon hendaklah diikuti dengan laporan bertulis. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pernipuan yang berlaku akibat kehilangan kad.
Apakah Kad BSN GIRO?
Kad BSN GIRO disediakan untuk pemegang Akaun Simpanan GIRO. Kad ini boleh diperolehi dengan segera menerusi semua cawangan BSN seluruh Negara apabila membuka Akaun Simpanan GIRO.
Kad ini hanya terhad kepada penggunaan pengeluaran wang tunai di mesin ATM BSN atau mana-mana mesin ATM Bank Perdagangan lain yang mempunyai kemudahan MEPS. Kad ini tidak boleh digunakan bagi urusan di POS ( Point of sale ) dan pengeluaran di mesin ATM luar negara. Kad ini juga boleh digunakan untuk urusan bayaran bil dan pindahan wang menerusi mesin ATM BSN dan Mesin Deposit Tunai BSN.
Had pengeluaran, pindahan wang tunai dan pembayaran bil bagi Kad BSN GIRO dan BSN Matrix