MENABUNG DAN AMALAN BERJIMAT-CERMAT PASTI MEMBAWA KERIANGAN DISAMPING KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN, MEMPELAJARI DAN MENEROKAI SESUATU YANG BARU
Apa itu Kelab Penabung Muda (KPM BSN)?
Kelab Penabung Muda BSN ditubuhkan sebagai tarikan menyimpan kepada generasi muda yang pasti membawa keriangan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan. Di samping itu ahli-ahli juga akan dapat mempelajari dan menerokai sesuatu yang baru.
Ahli Kelab Penabung Muda BSN boleh menyertai Skim Galakan Saving Pelajar-Pelajar dan Sekolah-sekolah Malaysia yang menyediakan hadiah pertandingan menabung yang lumayan setiap tahun kepada individu, sekolah dan penerima Biasiswa.
Syarat-syarat menjadi Ahli
Terbuka kepada pelajar berusia 6-20 tahun
Warganegara Malaysia
Mempunyai akaun individu GIRO/GIRO-i BSN. Mengekalkan nilai simpanan minimum RM500 ke atas.
Telah melengkapkan borang permohonan keahlian Kelab Penabung Muda dan ditandatangani oleh ibu / bapa atau penjaga
Pengeluaran wang sekali sahaja dalam sebulan dibenarkan
Kadar Faedah
Kadar faedah sehingga 3.5% setahun ditawarkan kepada ahli Kelab Penabung Muda seperti berikut:-
Baki Minimum Monthan
Kadar Faedah Setahun
sehingga RM300
0.30%
RM301 - RM500
3.00%
RM501 - RM1,500
3.15%
RM1,501 - RM2,500
3.25%
RM2,501 ke atas
3.50%
Pengeluaran dibenarkan hanya sekali sebulan. Jika pengeluaran lebih dari sekali, faedah ditawarkan adalah mengikut kadar faedah GIRO Account yang sedia ada.
Untuk menikmati kadar faedah yang ditawarkan kepada ahli Kelab Penabung Muda, simpanan minimum hendaklah dikekalkan pada setiap masa.
Saving permulaan RM500.00 akan dibekukan selagi menjadi ahli.
Perlindungan Insuran Percuma
Perlindungan Insuran Kemalangan Diri 24 jam meliputi seluruh dunia. Kecederaan luaran yang dialami disebabkan oleh kemalangan sehingga mengakibatkan :
Kematian
:
10 kali jumlah simpanan sehingga maksimum RM50,000 (simpanan minimum RM500)
Perbelanjaan Pengkebumian
:
RM3,000
Sebarang kejadian kemalangan hendaklah dimaklumkan kepada Bank Simpanan Nasional dengan segera dalam tempoh 14 hari dan dokumen-dokumen asal yang berkenaan hendaklah diserahkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kemalangan.
Perlindungan insuran berkuat kuasa mengikut tarikh kelulusan menjadi ahli oleh Bank Simpanan Nasional
Card Ahli Percuma
Ahli Kelab Penabung Muda BSN akan didaftar dan diberikan Card Ahli secara percuma dalam tempoh sebulan.
Card Ahli Gantian
Sekiranya Card Ahli hilang, kad ahli gantian akan dikeluarkan dengan bayaran RM5.00
Kemudahan Card Ahli
Pemegang Card Ahli akan mendapat diskaun untuk pembelian buku, peralatan sekolah, pusat rekreasi dan banyak lagi.
Aktiviti
Alami dunia penuh keriangan, pendidikan, pengembaraan dan penerokaan sesuatu yang baru. Semua disediakan untuk ahli Kelab Penabung Muda BSN dan banyak lagi kemudahan yang sudah tentunya memberi faedah kepada ahli kelab.
Daftarkan diri anda sebagai ahli Kelab Penabung Muda BSN sekarang!
Mulakan tabungan anda hari ini! Pastikan anda menjadi ahli Kelab Penabung Muda.!
Jangan tunggu lagi dan mulakan menabung sekarang!
Bagaimana Menjadi Ahli KPM?
1.
Pastikan anda seorang pemegang GIRO Account/GIRO-i individu BSN. Jika tidak, mulalah menabung dan membuka akaun baru dengan minimum RM10 sahaja.
2.
Pastikan simpanan GIRO/GIRO-i anda sekurang-kurangnya RM500. Jika tidak mencukupi, tambahkan tabungan anda.
3.
Setelah mempunyai tabungan RM500 di dalam akaun GIRO/GIRO-i, isikan borang permohonan ahli Kelab Penabung Muda BSN di mana-mana Branch BSN.
4.
Apabila permohonan anda diluluskan, anda akan diberikan kad Ahli Kelab Penabung Muda BSN bersama bahan-bahan galakan. Wang tabungan RM500 akan dibekukan dan ahli akan menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan.
Tahniah!!! Anda telah menjadi Ahli Kelab Penabung Muda BSN
Pemberhentian Ahli
1.
Ahli yang tidak mahu meneruskan menjadi ahli kelab, borang berhenti perlu diisi dan kad ahli perlu dikembalikan kepada BSN.
2.
Permohonan berhenti akan dipertimbangkan setelah menjadi ahli Kelab Penabung Muda sekurang-kurangnya satu tahun.
3.
Ahli yang mencapai usia 21 tahun akan diberhentikan menjadi ahli secara automatik.
Tutor Online
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Ikon di sebelah akan membawa anda memasuki laman web pihak ketiga iaitu 'Tutor Online (tutor.com.my)'. Laman web tersebut diluar pemantauan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pihak BSN tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan maklumat yang dicapai melalui laman web tersebut.
Contact Us
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami
Kelab Penabung Muda BSN
Bahagian Deposit Konsumer
Tingkat 15, Wisma BSN
117, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2162 3222
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Tel: 603-2162 3222
Best viewed with resolution 1152 x 864 pixels
Disclaimer Statement
By accessing any page or link on this website, you agree to be bound by the Terms & Conditions of bsn.com.my