Meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup rakyat Malaysia dengan menggalakkan penyimpanan, pelaburan dan amalan pengurusan kewangan yang bijak yang dilakukan secara aktif serta mengadakan kemudahan tersedia untuk tujuan ini.
VISI
Menjadi penyedia khidmat kewangan yang komprehensif serta bertaraf nasional dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN BSN
Pelanggan Sentiasa Diutamakan.
Perkhidmatan Yang Meyakinkan Dan Memuaskan Hati Pelanggan.
Produk/Perkhidmatan Yang Berkualiti, Cekap Dan Konsisten.
Ketepatan Menyampaikan Maklumat Secara Jelas Dan Lengkap.
Persekitaran Yang Selesa Dan Selamat.
FALSAFAH KORPORAT
TUMPUAN KEPADA PELANGGAN
Kita akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan
yang berkualiti kepada para pelanggan supaya dapat memenuhi kehendak-kehendak mereka
dan memastikan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Kita perlu sentiasa ingat bahawa kejayaan bergantung kepada keupayaan kita memperolehi
serta mengekalkan sokongan para pelanggan.
AMALAN PERNIAGAAN BERETIKA
Sebagai sebuah institusi kewangan yang bertanggunjawab ke atas simpanan dan urusan kewangan orang ramai,
kita hendaklah sentiasa menjaga amanah dan kepercayaan yang telah diberi.
Kita berkewajipan untuk menjalankan operasi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan adil.
HORMAT SESAMA INSAN
Kita adalah sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada orang ramai dengan menghormati
nilai dan maruah kemanusiaan. Kita akan sentiasa menjalinkan hubungan yang baik semasa
berurusan dengan para pelanggan.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PENDIDIKAN DAN LATIHAN
Kakitangan yang bersatu dan berdedikasi adalah aset kita yang terpenting.
Kita mempunyai iltizam untuk mendidik, melatih, menggalak dan memberi ganjaran
kepada kakitangan supaya dapat membangunkan potensi mereka sepenuhnya.
Kejayaan bergantung kepada sumbangan padu daripada semua peringkat kakitangan
yang bekerja sebagai satu pasukan.
MAJIKAN YANG PERIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB
Sebagai majikan, kita akan sentiasa peka terhadap keselamatan dan kebajikan semua kakitangan.
Kita akan mengadakan suasana kerja yang baik dan selamat, syarat-syarat perkhidmatan yang baik
dan kompetitif serta peluang-peluang yang mencabar dalam memeajukan kerjaya kakitangan.
BERMATLAMATKAN KECEMERLANGAN
Kita percaya bahwa semua tugas dapat dilakukan dengan cara yang lebih baik.
Kita menharapkan prestasi dan kualiti perkhidmatan yang tinggi dan memberi
ganjaran bagi tindakan dan hasil yang positif.
KEJAYAAN MELALUI KREATIVITI DAN DAYA USAHA
Kita akan memupuk semangat kreatif yang sentiasa inginkan pembaharuan dan yang berdaya
usaha di kalangan kita untuk melahirkan pemimpin. Kita ingin memimpin dan bukannya dipimpin.
BERDAYA SAING MELALUI TEKNOLOGI TINGGI
Kita akan menggunakan teknologi tinggi, sesuai dan moden untuk bersaing dan mencapai
tahap perkhidmatan yang tinggi, cekap dan produktif.
MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Kita adalah sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan organisasi yang mempunyai
pertanggungjawaban sosial. Kita akan memelihara kepentingan serta berkongsi kejayaan
bersama masyarakat.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my