BSN UMUM KADAR BARU PINJAMAN ASAS

Tanda pemulihan ekonomi makin mantap



Kuala Lumpur, 5 Mac 2010 - Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan kadar baru pinjaman asasnya (BLR) kepada 5.75 berkuatkuasa 9 Mac 2010.

Langkah pengumuman kadar baru ini adalah selaras dengan semakan semula dalam arah aliran kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia. Ini adalah berikutan tahap pemulihan ekonomi yang semakin mantap dan dijangka menjamin pertumbuhan yang lebih kukuh.

Pada masa yang sama BSN sedang menyemak kadar depositnya dan akan mengumumkan kepada orang ramai dalam masa yang terdekat.

Menurut Datuk Adinan Maning, Pengurus Besar/Ketua Eksekutif BSN, “Selaras dengan peranan BSN untuk menyediakan akses kewangan kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia, kami akan terus memanfaatkan dan memperkasakan kekuatan terasnya untuk menyediakan pelbagai sokongan kewangan bagi memudahkan pelanggan-pelanggannya dan orang ramai untuk terus membuat transaksi perbankan”.

 

Rujukan : Siaran Akhbar BSN