PEMBUKAAN BSN CAWANGAN PERBANKAN ISLAM

Inisiatif untuk terus beri perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan orang ramai



Bank Simpanan Nasional (BSN) merancang untuk menambah bilangan Pusat Perbankan Islamnya bagi menawarkan kemudahan perbankan patuh syariah dan menyumbang terhadap pembangunan perbankan Islam di negara ini.

Pengurus Besar/Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning, berkata BSN berharap inisiatif itu akan menawarkan penyelesaian perbankan yang mematuhi kewangan syariah kepada individu dan perniagaan, komuniti islam dan bukan islam.

"BSN sudah memulakan operasi Pusat Perbankan Islamnya di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kuala Nerus, Terengganu pada 1 Disember lalu", katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata, BSN kini mempunyai produk yang mematuhi syariah, daripada deposit mudah kepada pembiayaan kewangan.

Katanya, urusan perbankan konvensional seperti simpanan, pengeluaran, penggantian buku, kad akaun dan sebagainya masih diteruskan di kedua-dua Pusat Perbankan Islam itu, untuk pelanggan sedia ada.

- TAMAT -

Rujukan : Berita Harian

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________
 


Bank Simpanan Nasional (BSN) merancang menambah bilangan Pusat Perbankan Islamnya bagi menawarkan kemudahan kewangan syariah dan menyumbang kepada pembangunan perbankan Islam di negara ini.

Pengurus Besar merangkap Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning, berkata BSN berharap inisiatif itu akan menawarkan penyelesaian perbankan mematuhi kewangan syariah kepada individu dan perniagaan, kepada komuniti Islam dan bukan Islam.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur, beliau berkata, BSN memulakan operasi Perbankan Islam di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kuala Nerus, Terengganu pada 1 Disember lalu.

BSN mempunyai pelbagai produk yang mematuhi Syariah, daripada deposit mudah hinggalah tawaran pembiayaan.
"Bagaimanapun, urusan perbankan konvensional masih dijalankan di kedua-dua Pusat Perbankan Islam ini tetapi berbentuk penawaran perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada, antaranya simpanan, pengeluaran, penggantian buku dan kad akaun," katanya.

BSN adalah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Disember, 1974.

Sejak penubuhannya, tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat Pos diambil alih oleh BSN.

Institusi kewangan itu kini mempunyai lebih 5,000 kakitangan, 376 cawangan, 705 mesin juruwang automatik (ATM) dan 70 mesin deposit tunai (CDM) di seluruh negara.

BSN mempunyai lebih 7 juta pelanggan di seluruh negara dengan simpanan berjumlah RM 10.8 billion.

- TAMAT -

Rujukan : Harian Metro