| | |
Cawangan Kota Damansara
Blok T, No. 13, Jalan PJU 5/3, Dataran Sunway, Kota Damansara 47810 P. Jaya, Selangor |
|
Cawangan Tanjong Karang
No. 2, Jalan PB 1, Pusat Bandar Tanjong Karang 45500 Tanjong Karang, Selangor |
|
|
Kuala Lumpur, 1 April 2008 – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini telah membuka satu lagi cawangan baru di Kota Damansara dan melancarkan semula cawangan yang telah dinaik taraf dan dipindah di Tanjung Karang Selangor.
Cawangan Kota Damansara yang beralamat di Blok T, No. 13, Jalan PJU 5/3, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor merupakan cawangan terbaru yang dibuka oleh BSN selaras dengan usaha untuk memberi akses dan kemudahan kewangan kepada komuniti-komuniti setempat. Cawangan ini juga akan memperkenalkan konsep ‘Automated Banking Lobby’, sebuah konsep yang mesra pelanggan. Merupakan kawasan perbandaran baru dan pusat perniagaan komersil yang sedang berkembang pesat, lokasi ini dikenalpasti untuk meningkatkan pertambahan bilangan pelanggan yang sedia ada di mana fokus utama akan diberikan kepada sektor-sektor perkhidmatan awam dan swasta. BSN percaya kewujudan cawangan ini adalah relevan dan bertepatan dengan pembangunan perniagaan yang pesat di kawasan ini.
Di samping itu, pengubahsuaian serta penempatan cawangan Tanjong Karang ke lokasi baru adalah selaras dengan penjenamaan semula imej korporat BSN. Mula beroperasi pada 1 Mac 1993, BSN mendapati bahawa pemindahan ini adalah strategik di samping memenuhi permintaan pelanggan dan menarik lebih ramai penduduk-penduduk di sekitar Tanjung Karang untuk terus menggunakan BSN sebagai institusi pilihan perbankan mereka. Cawangan ini telah mula beroperasi di lokasi baru di alamat No. 2, Jalan PB 1, Pusat Bandar Tanjong Karang, 45500 Tanjong Karang Selangor pada 31 Mac 2008 yang lalu.
Adinan Maning, Ketua Pegawai Eksekutif BSN ketika dihubungi berkata “ BSN sedang giat menjalankan usaha-usaha penaikan-tarafan rangkaian cawangannya di seluruh negara. Ini adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan menjamin keselesaan pelanggan di dalam membuat urusan perbankan mereka. Tambah Adinan lagi “Pemilihan lokasi cawangan-cawangan baru BSN juga adalah berdasarkan lokasi dan persekitaran yang memberi kemudahan kepada pelanggan di samping nilai komersial sesebuah lokasi tersebut dan kawasan tumpuan perniagaan yang disekelilingi oleh struktur pertumbuhan ekonomi dan populasi yang pesat”.
BSN sedang giat melaksanakan usaha transformasi secara berperingkat di seluruh negara. Pembaharuan dan penambahbaikan perkhidmatan di cawangan-cawangan BSN akan memainkan peranan penting di dalam pelaksanaannya.
|