|
Kuala Lumpur, 10 Mei 2008 – Dengan kerjasama Perfisio Solutions Sdn Bhd (Perfisio), Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini melancarkan Program Tutor Online- satu program pembelajaran melalui Internet bagi pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Malaysia.
Program Tutor Online merupakan satu portal pembelajaran yang dibangunkan khas oleh Perfisio Solutions Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Utusan (Melayu) Malaysia Berhad untuk memberi akses pembelajaran untuk calon-calon UPSR, PMR dan SPM.
Melalui kerjasama pintar ini, pelajar-pelajar boleh berdaftar dengan program Tutor Online ini melalui laman web BSN dan berpeluang untuk mengakses nota-nota dan soalan-soalan yang disediakan di portal pembelajaran tersebut secara ‘online’ dan ‘real time’. Fi pendaftaran adalah sebanyak RM120.00 setahun dan boleh dibuat di lebih 350 rangkaian cawangan BSN di seluruh negara.
Menurut Adinan Maning, Ketua Eksekutif BSN “ Ini merupakan satu lagi inisiatif BSN untuk membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di dalam pembelajaran mereka di mana mereka berpeluang untuk mendapat pendedahan kepada soalan-soalan dan penyediaan di dalam peperiksaan mereka. Di samping itu mereka juga digalakkan untuk menyertai Kelab Penabung Muda (KPM) untuk menikmati kemudahan yang disedaiakan seperti seperti diskaun yang menarik dan berpatutan ke atas pembelian untuk peralatan sekolah dan tiket taman rekreasi, perlindungan insuarns berkelompok dan menyertai pelbagai aktiviti ajuan BSN.”
KPM BSN adalah merupakan sebuah skim di bawah Unit Tabungan Generasi Muda BSN yang kini mempunyai . Untuk menjadi seorang ahli KPM, ahli mestilah berusia di antara 6 – 20 tahun dan mempunyai akaun GIRO BSN. Semua ahli KPM akan diwajibkan menyimpan amaun minima sebanyak RM500 pada sesuatu masa di mana wang ini tidak boleh dikeluarkan sepanjang tempoh menjadi ahli KPM bagi menggalakkan ahli untuk menambah simpanan mereka dari masa ke semasa. Selain daripada itu, ahli KPM juga hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun sekali sebulan dan jika sekiranya pengeluaran dilakukan lebih daripada sekali, kadar faedah yang ditawarkan akan mengikut kadar faedah akaun GIRO yang biasa.
BSN akan terus menganjur dan menyediakan pelbagai aktiviti dan program yang menarik dan bermanfaat kepada ahli KPM dari masa ke semasa di dalam usaha untuk menggiatkan lagi penabungan di kalangan generasi muda. Dengan sambutan yang menggalakkan daripada syarikat seperti Perfisio Solutions Sdn Bhd, BSN juga terus berusaha untuk mempelbagaikan produk dan perkhidmatan perbankan yang sedia ada sejajar dengan mandat untuk menggalakkan sikap menabung dan mendukung permintaan semasa serta sistem penyampaian yang lebih efisien dan berkualiti.
Majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bangsar dihadiri oleh pengurusan kanan BSN, wakil - wakil dari Utusan (Melayu) Malaysia Berhad dan Perfisio Solutions Sdn Bhd turut diserikan dengan persembahan dari murid-murid sekolah tersebut.
|