Kempen Power Root Menang & Menang Bersama BSN 2007 - Hadiah Bernilai Jumlah RM2 Juta





Power Root (M) Sdn Bhd (Power Root), syarikat terkemuka yang mengeluarkan dan mengedarkan minuman kopi dan minuman tenaga yang mengandungi herba hutan tropika telah melancarkan kempen bertajuk Power Root Menang & menang Bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) 2007 yang merupakan sebuah kempen terbesar daripada syarikat ini. Tahun ini jumlah hadiah yang berupa Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM2juta bakal dimenangi. Peraduan tahun ini telahpun bermula dari 8 Mac 2007 lalu dan akan berlangsung sehingga 15 Oktober 2007 dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Peraduan sebegini telah menjadi kempen tahunan Power Root semenjak tahun 2004. setiap tahun, nilai hadiah yang ditawarkan meningkat. Tahun ini, praduan yang bertajuk Menang & Menang akan memberi para peserta dua peluang untuk memenangi hadiah dari 2 peringkat yang berlainan.

Pada peringkat yang pertama, peserta hanya perlu membeli dan menikmati sebarang produk Power Root termasuk kopi, teh atau sebarang minuman tenaga sama ada dalam bentuk minuman bertin atau minuman pracampur segera pek uncang. Bagi minuman tin, peserta hanya menyentap pembuka tin (tab) tersebut dan memeriksa bahagian belakang tab untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang hadiah yang telah dimenangi. Bagi minuman pracampur segera pek uncang pula, peserta hanya perlu periksa sama ada terdapat uncang kosong khas di dalam pek tersebut untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang hadiah yang telah dimenangi.

Hadiah peraduan Power Root Menang & Menang Bersama BSN 2007 seperti berikut : -

Sijil simpanan Premium BSN bernilai Unit sedia untuk dimenangi
RM30,000 setiap satu10
RM20,000 setiap satu10
RM10,000 setiap satu15
RM5,000 setiap satu20
RM1,000 setiap satu100
RM500 setiap satu2,300


Peringkat kedua peraduan ini memberi peluang kepada pemenang daripada peringkat pertama untuk memasuki Cabutan Bulanan BSN di mana terdapat lebih daripada 1500 hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi seperti kereta-kereta mewah, pakej pelancongan untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), barang-barang elektrikal berjenama dan banyak lagi hadiah-hadiah yang menarik setiap bulan. Dengan itu, peraduan yang bertajuk ”Menang & Menang” memberikan pemenang dari peringkat pertama berpeluang untuk memenangi hadiah tambahan dari BSN.

Timbalan Pengurus Besar Perbankan Konsumer Bank Simpanan Nasional (BSN), Encik Jamalluddin Nor Mohamad berkata ”Pihak BSN berasa amat berbangga dengan kerjasama pihak power Root bagi mengadakan kempen Menang & Menang yang dilancarkan pada hari ini. BSN melihat kerjasama ini sebagai penggabungan dua jenama yang sudah cukup sinonim di kalangan rakyat Malaysia. Produk Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN sendiri merupakan produk yang sudah dikenali dan dimiliki oleh ramai orang di Malaysia. Setakat ini, bilangan keseluruhan pemegang SSP sendiri telah mencecah lebih 1 juta dengan nilai simpanan lebih RM800 juta ringgit”.

Pelancaran kempen peraduan tahunan Power Root ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan setia produk Power Root. Peminat dan pelanggan setia minuman tenaga, kopi atau teh Power Root berpeluang menikmati minuman hebat Power Root serta berpeluang memenangi Sijil Simpanan Premium BSN yang bernilai antara jumlah RM500 hingga RM30,000.

Sempena pelancaran peraduan menarik ini, Power Root juga memperkenalkan 3 bintang-bintang popular masa kini yang baru dilantik sebagai duta-duta Power Root 2007. antaranya, Zila dan Faizal dari AF 4 serta Nurul, penyanyi popular masa kini. Mereka akan bersama-sama duta-duta Power Root iaitu Mawi, Farah, Felix, Adam & Rosyam Nor. Melalui promosi penglibatan kelapan-lapan duta Power Root telah dan semakin dikenali di kalangan rakyat Malaysia.

 

Rujukan : Siaran Akhbar BSN