Bank Simpanan Nasional Semak Semula Kadar Pinjaman Asas



Kuala Lumpur, 2 Mac 2006 – Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengumumkan kenaikan kadar pinjaman asasnya (BLR) kepada 6.5% setahun daripada 6.25% berkuatkuasa pada 1 Mac 2006. Tindakan ini adalah berikutan lanjutan daripada keputusan Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) daripada 3% kepada 3.25% pada 22 Februari 2006.

Menurut jurucakap BSN, ia sedar kadar kenaikan OPR mungkin akan menyebabkan permintaan daripada konsumer berkurangan. Namun BSN yakin ia akan mencapai sasaran pertumbuhan pinjamannya kepada konsumer kerana ia menawarkan produk-produk pinjaman yang menarik di samping strategi pemasaran yang lebih fokus.

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar kenaikan ini, pelanggan-pelanggan BSN adalah dinasihatkan untuk pergi ke cawangan-cawangan BSN yang terdekat atau menghubungi talian khidmat pelanggan BSN di 03-2142 5258.

 

Rujukan : Siaran Akhbar BSN