|
Jabatan Perbankan Cawangan telah menganjurkan Program Pembangunan Pengurusan Ketua Zon dari seluruh negara di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor dalam 3 sesi bermula 14 Mac, 2008. Program ini bertujuan memberi panduan dan skop tugas sebenar pegawai di peringkat pengurusan cawangan di samping meningkatkan semangat dan jati diri dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Program ini dihadiri lebih 90 orang Ketua Zon dari seluruh negara.
Sejajar dengan objektif program ini, para peserta telah diberi pendedahan kepada pelbagai aspek tugasan mereka termasuk beberapa aktiviti seperti Obstacle Course, Water Confidence, Water Crossing & Rafting termasuk kembara hutan pada waktu malam.
|