Lembaga Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) mengiktiraf pentingnya falsafah amalan tadbir urus korporat yang terbaik. Mematuhi Garis Panduan Piawai Tadbir Urus Institusi Kewangan Pembangunan Bank Negara Malaysia (BNM/DFIGP4), BSN berusaha dan memastikan untuk mencapai rangka tadbir optimum dan selanjutnya memaksimumkan nilai Pemegang Kepentingan Bank ini. Empat Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu pihak Lembaga dalam penyampaian serta menjalankan tanggungjawabnya. Jawatankuasa-Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan, Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Jawatankuasa, Saraan dan Jawatankuasa Pencalonan.
Lembaga Pengarah BSN sentiasa mengekalkan piawai tertinggi dalam tadbir urus korporat demi menjaga kepentingan Pemegang Kepentingan, kakitangan dan komuniti. BSN mematuhi prinsip kawalan sendiri sejajar dengan kehendak dan keperluan berkanun. Tertakluk kepada Akta BSN 1974, tadbir urus korporat BSN adalah seiring dengan mandat dan penjenamaan korporatnya dalam menyediakan akses kewangan kepada komuniti yang memerlukan di Malaysia.
BSN secara konsisten mengalakkan kebertanggungjawaban, ketelusan, integriti dan kecekapan. Ini adalah untuk menentukan Bank ini ditadbir mengikut amalan perbankan yang terbaik di mana aktiviti menanggung risiko dan amalan perbankan berhemah adalah seimbang.
JAWATANKUASA LEMBAGA AUDIT & PEMERIKSAAN
Nama Ahli
Keperluan Mesyuarat
1.
Tuan Haji Ghazali Awang (Pengerusi)
Sekurang-kurangnya sekali setiap 3 bulan
2.
Y.Bhg.Dato’ Mohd Ali Abd.Samad
3.
Y.Bhg. Dato’ Ng Kam Cheung
4.
Y.Bhg. Datuk Nozirah Bahari
JAWATANKUASA LEMBAGA PENGURUSAN RISIKO
Nama Ahli
Keperluan Mesyuarat
1.
Y.Bhg. Dato’ V. Danapalan(Pengerusi)
Sekurang-kurangnya sekali setiap 3 bulan
2.
Y.Bhg. Dato’ Ng Kam Cheung
3.
Tuan Haji Ghazali Awang
JAWATANKUASA LEMBAGA PENCALONAN
Nama Ahli
Keperluan Mesyuarat
1.
Y.Bhg. Dato’ Mohd Ali Abd. Samad (Pengerusi)
Sekurang-kurangnya sekali setahun
2.
Y.Bhg. Dato’ V. Danapalan
3.
Y.Bhg. Datuk Nozirah Bahari
4.
Y.Bhg. Datuk Adinan Maning
JAWATANKUASA LEMBAGA SARAAN
Nama Ahli
Keperluan Mesyuarat
1.
Y.Bhg. Dato’ Ng Kam Cheung (Pengerusi)
Sekurang-kurangnya sekali setahun
2.
Y.Bhg. Dato’ Mohd Ali Abd. Samad
3.
Y.Bhg. Dato’ V. Danapalan
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my