Pusat Latihan BSN (PLBSN) menyediakan banyak kemudahan kepada warga BSN untuk mengadakan majlis-majlis korporat, hari keluarga, kursus dan seminar, sukan, karnival dan sebagainya.
UNTUK PENGINAPAN YANG SELESA DAN MENYEGARKAN
Kunjungilah Kompleks Pusat Latihan BSN - tempat untuk pelbagai aktiviti pembelajaran, sukan maupun riadah. Kemudahan penginapan di sini amat selesa dengan suasana persekitaran alam semulajadi yang menyegarkan.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan amat ideal untuk semua aktiviti bercorak pembelajaran, sukan dan riadah seperti
Kursus & Seminar
Hari Keluarga
Sukan
Karnival
Majlis Makan Malam
dan semua jenis aktiviti individu & berkumpulan
Pihak pengurusan PLBSN yang terlatih dan berpengalaman menjanjikan perkhidmatan yang mesra dan keselesaan yang terbaik kepada semua pelanggannya.
FLEKSIBEL & TERMAMPU OLEH ANDA
PLBSN menyediakan 53 bilik yang selesa dengan kadar sewa yang berpatutuan. Semua penginap boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan dalam suasana percutian serta keindahan PLBSN yang menyeronokkan.
Ada lagi keistimewaannya.
Bayangkan!!!
Disamping dapat menikmati penginapan yang selesa dan mesra di PLBSN, anda juga boleh menghayati pemandangan yang indah, menikmati dengan segala kemudahan yang ada di PLBSN.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my