SPD-iJ/K SyariahBBA HomeMatrix-iKad Kredit-iJenis Akaun SPISaham ESOS-i

 

Pinjaman Peribadi 
Pinjaman Perumahan 
Pinjaman Mikro 
Penjadualan Pinjaman 
Kad 
Sijil Simpanan Premium 
Deposit 
Perkhidmatan 
Perbankan Islam 
Kelab Penabung Muda 
Pusat Latihan BSN 
Kadar Faedah & Caj 
Promosi 
Maklum balas 
Cawangan & ATM 
BSN 
Hubungi Kami 

 

 

 

 

 

 

                                         2 Muat Turun Borang                                                                  Muat Turun Borang

 

Pelan Pemindahan Baki Kad Kredit BSN pada 1% untuk 12 bulan

Notis Perlaksanaan Struktur Kadar Faedah/Keuntungan Berperingkat atau "Tiered Pricing"

 

 

MENGAPA ANDA PERLU MEMPUNYAI KAD KREDIT VISA DAN MASTERCARD AL AIMAN BSN

Bank Simpanan Nasional, sebuah institusi kewangan yang dijamin oleh Kerajaan kini mempunyai lebih daripada 300 cawangan dan 600 ATM di seluruh negara bersama dengan VISA serta MASTERCARD yang terkenal dengan kemudahan kad kreditnya di seluruh dunia, bersama-sama berganding bahu menawarkan anda perkhidmatan ekslusif Kad Kredit VISA dan MASTERCARD Al Aiman BSN.

 

 

 

 

 

KEMUDAHAN PEMBAYARAN

  • Auto debit daripada Akaun Simpanan BSN (GIRO, GIRO-i).
  • Pembayaran cek secara pos kepada Pusat Kad Kredit BSN.
  • Pembayaran tunai atau cek di mana-mana Cawangan BSN.
  • Pindahan pembayaran antara bank (GIRO) dari akaun simpanan bank lain.
 

 

PENDAHULUAN WANG TUNAI MERATA DUNIA

Dengan Kad BSN Al Aiman, anda boleh mendapatkan Pendahuluan Wang secara tunai di lebih 500,000 buah bank dan lain-lain institusi kewangan yang diiktiraf sebagai anggota VISA / MASTERCARD antarabangsa, termasuk rangkaian Cawangan dan ATM Bank Simpanan Nasional.

 

KREDIT PUSINGAN

Anda boleh membayar penuh atau amaun minimum. Bank akan mengenakan bayaran caj kewangan ke atas baki yang belum diselesaikan. Bayaran yang dibuat sepenuhnya sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dikenakan apa jua bayaran caj kewangan.

 

 

 

   

 

PERLINDUNGAN KAD HILANG

Had tanggungan yang dikenakan kepada anda ialah RM125 sekiranya laporan kad hilang dibuat secara serta merta. Kad pengganti akan dikeluarkan biasanya pada hari kerja keesokannya.

 

 

KEMUDAHAN KAD TAMBAHAN

Berkongsi serta menghadiahkan kepada keluarga anda. Pemegang Kad Tambahan juga layak mendapat keistimewaan dan kemudahan yang sama disediakan untuk anda.

 

YURAN TAHUNAN

  • Yuran Tahunan adalah PERCUMA bagi tahun pertama
  • Yuran masuk dikecualikan

KAD TUNGGAL ( VISA atau MASTERCARD )

JENIS KAD

KAD UTAMA

KAD TAMBAHAN

VISA KLASIK

RM60

RM30

MASTERCARD STANDARD

RM60

RM30

VISA EMAS

RM125

RM75

MASTERCARD EMAS

RM125

RM75

 

KEDUA-DUA KAD ( VISA dan MASTERCARD )

JENIS KAD

VISA KLASIK & MASTERCARD STANDARD

ANDA JIMAT

VISA EMAS & MASTERCARD EMAS

ANDA JIMAT

KAD UTAMA

RM90

RM30

RM175

RM75

KAD TAMBAHAN

RM30

RM30

RM75

RM75

JUMLAH

RM120

RM60

RM250

RM150

 

 

UNTUK LAYAK MEMOHON ANDA MESTILAH

  • Warganegara Malaysia dan berumur 21 ke atas.
  • Untuk Kad Tambahan, pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai pendapatan tetap (pendapatan tahunan minimum untuk Kad Klasik adalah RM18,000 dan Kad Emas RM48,000).
  • Untuk yang tidak mempunyai pendapatan tetap, mencagarkan Sijil Simpanan Tetap BSN / Sijil Simpanan Premium BSN sekurang-kurangnya bernilai RM10,000 untuk Kad Klasik dan RM15,000 untuk Kad Emas.

 

UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMPROSESAN SILA SERTAKAN

Pemohon Individu

Bekerja Sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
  • Slip Gaji 2 bulan terakhir.
  • Dokumen-dokumen lain yang menyokong permohonan anda.
  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).

  • Penyata akaun bank syarikat 3 bulan terakhir.

  • Dokumen-dokumen lain yang menyokong permohonan anda.

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami

Bahagian Khidmat Pelanggan

Tingkat 7, Wisma BSN

117, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2142 5258

atau

kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran


Copyright © 2007 Bank Simpanan Nasional. All rights reserved.