Penubuhan BSN di bawah Akta Parlimen 146 - Undang-Undang Malaysia
1977
BSN diterima menjadi ahli Institut Bank-Bank Simpanan Antarabangsa (ISBI)
di Geneva pada 7 Jun 1977.
1978
Skim Sijil Simpanan Premium dilancarkan oleh YBM Menteri Kewangan,
Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
1980
Mendirikan Pusat Sistem Komputer di Ibu Pejabat.
1982
BSN menjadi tuan rumah kepada satu Simposium Antarabangsa mengenai
"Pengemblengan Simpanan Dalam Negeri di Negara-negara Membangun" dengan kerjasama International
Savings Banks Institute (ISBI)
1983
Perkhidmatan Mesin Teller Automatik (ATM) diperkenalkan di Kuala Lumpur,
Petaling Jaya dan Ipoh.
1985
DYMM Sultan Kedah merasmikan Bangunan BSN, Alor Star
1986
Pembukaan 30 Cawangan Baru termasuk cawangan negeri Perlis oleh DYMM Tuanku Raja
Perlis pada 21 Oktober, 1986
1987
Pelancaran perkhidmatan GIRO di kawasan Lembah Kelang.
1989
BSN menjadi tuan rumah Bengkel Serantau "Polisi Pengurusan bagi Bank-Bank Simpanan
dalam Asia Pasifik" ISBI dalam bulan Mei. Bengkel ini disertai oleh wakli-wakil dari Australia, China,
India, Indonesia, Singapura, Sri Lanka Thailand, Finland di samping Malaysia.
1991
Bank sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah Mesyuarat Ahli-Ahli
International Savings Banks Institute (ISBI) bagi kawasan Asia Pasifik. Seramai 28 peserta dari 7
buah negara termasuk Australia, China, Indonesia, Jepun, Korea, Singapura,Thailand termasuk Malaysia
telah menyertai mesyuarat ini.
1994
Dalam menyambut ulang tahun ke 20 penubuhannya, BSN sejajar dengan hasrat kerajaan
untuk memperluaskan system perbankan secara islam, melancarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF)
yang menawarkan Skim Simpanan Al-Wadiah, Skim Pelaburan Am Al-Mudharabah dan Skim Pembiayaan Harta
Al Bai Bithaman Ajil.
1995
Anak syarikat milik penuh BSN, Permodalan BSN Berhad (PBSNB) memperkenalkan
Amanah Saham BSN, kepada orang ramai dengan dana berjumlah RM500 juta.
1999
Bank telah menganjurkan seminar "Savings Bank Distribution Policies for
Individuals" dengan kerjasama 'World Savings Banks Institute' (WSBI) (Sebelum ini dikenali
sebagai 'International Savings Banks Institute') bagi kawasan Asia Pasifik. Pejabat kawasan
Asia Pasifik WSBI yang sebelum ini berpusat di Bangkok telah berpindah ke Kuala Lumpur
berikutan perlantikan Ketua Eksekutif BSN sebagai presiden WSBI Kawasan Asia Pasifik.
2002
Memperkenalkan Projek BSN Prihatin bertujuan melaksanakan tanggungjawab sosial
Bank melalui projek-projek berbentuk aktiviti perhubungan kemasyarakatan. Peruntukan sebanyak
RM325,000 disediakan bagi menjayakan projek ini di semua negeri.
2003
Sejajar dengan Kemudahan Bilik Rangsangan Ekonomi kerajaan, BSN telah di beri kepercayaan
oleh kerajaan untuk menguruskan Skim Mikro Kredit - satu dana berjumlah RM300 juta untuk membiayai
projek-projek bukan pertanian.
2004
BSN menukar kesemua mesin ATM yang beroperasi di seluruh Negara kepada Mesin
ATM yang baru dengan ciri-ciri keselamatan keselamatan dan pelbagai kemudahan terkini untuk
kemudahan pelangganya.
2005
BSN Matrix-i was launched.
BSN expanded its services by joining MEPS shared ATM Network.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my