|

|
|
|
Dividen SSP 2007

Sekarang anda boleh membeli SSP di semua Rangkaian ATM BSN. Keterangan lanjut 

Anda boleh semak keputusan SSP melalui SMS. Keterangan lanjut 
|
|
MENANGI HADIAH-HADIAH HEBAT MELALUI SIMPANAN
|
|
Sekarang anda mempunyai lebih peluang untuk menang. Kami telah menambahkan hadiah-hadiah dari 12 ke 13, menjadikan jumlahnya 1,558 hadiah sebulan. Banyak hadiah-hadiah hebat dan kereta mewah menanti untuk dimenangi. Anda hanya perlu RM10 untuk layak.
|
|
BANYAK KELEBIHAN!
|
-
Layak untuk cabutan-cabutan seterusnya selagi sijil tidak ditebus.
-
Masih layak untuk cabutan selama setahun selepas pemegang sijil meninggal dunia.
-
Boleh diberi sebagai bonus, ganjaran atau insentif untuk kakitangan atau pelanggan badan swasta dan kerajaan.
-
Sijil boleh disandarkan bagi mendapatkan kemudahan pinjaman dari BSN atau ejen pelaksanaan kredit yang dilantik.
-
Pembayaran dividen tertakluk kepada pengumuman dari BSN.
-
Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
|
|
MUDAH MEMBELI!
|
-
Warganegara, penduduk tetap dan warga asing yang beralamat tetap, berumur 12 tahun dan ke atas layak membeli.
-
Belian minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum.
-
Ditawarkan di semua cawangan BSN.
-
Pembelian mudah melalui kaunter, mel atau arahan tetap akaun GIRO BSN dan di semua ATM.
-
Boleh ditebus sepenuhnya atau sebahagian selepas 45 hari dari tarikh pembelian.
|
| Dividen SSP 2007 |
|
Bank Simpanan Nasional akan membayar dividen Sijil Simpanan Premium pada tahun 2008 kepada penyimpan yang layak. Pembayaran dividen ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
- Amaun simpanan minimum adalah RM2,000.00, sama ada sekali atau simpanan terkumpul.
- Simpanan minimum perlu dibuat sebelum 30 Jun 2007 dan dikekalkan dari 01 Julai 2007 hingga 31 Disember 2007 tanpa ditebus.
- Dividen akan dibayar berdasarkan dalam gandaan baki simpanan RM2,000.00.
- Kadar dividen dan kaedah pembayaran akan dimaklumkan selewat-lewatnya Mac 2008.
|
|
CIRI-CIRI LAIN
|
-
Mudah diganti jika hilang.
-
Sijil tidak boleh dipindah milik.
-
Dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
|
|
PEMBELIAN SSP DI ATM
|
|
Beli SSP di mana-mana rangkaian ATM BSN pada bila-bila masa bermula jam 6:00pagi hingga 2:00 pagi setiap hari.
|
|
SYARAT-SYARAT PEMBELIAN MELALUI ATM
|
-
Pemegang akaun GIRO dengan Kad Matrix
-
Had umur 12 tahun ke atas
-
Pembelian boleh dibuat mengikut had pengeluaran ATM
-
Setiap pembelian bagi Akaun Bersama, hanya Penama Pertama akan tertera di sijil
|
|
CARA PEMBELIAN SSP DI ATM
|
-
Masukkan Kad ATM
-
Pilih Bahasa
-
Masukkan Nombor PIN
-
Tekan Urusan Pembelian SSP
-
Masukkan amaun pembelian dalam gandaan RM10.
-
Tekan YA.
-
Semak alamat yang tertera di Skrin ATM
-
Jika alamat adalah betul, tekan BETUL
-
Ambil resit
-
Urusan selesai
-
Jika salah alamat yang tertera di skrin ATM, tekan butang SALAH
-
Masukkan Nombor Telefon.
-
Tekan butang YA
-
Ambil resit
-
Urusan selesai
|
|
Kembali ke atas...
|
|
SEMAK KEPUTUSAN MELALUI SMS (Untuk semua jenis talian telefon bimbit)
|
|
Dapatkan keputusan cabutan terkini melalui akhbar utama tempatan dan kini anda boleh semak melalui SMS. Bagi menyemak keputusan melalui SMS, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan anda untuk mendapatkan keputusan samada anda adalah pemenang. Satu lagi inovasi yang dibawa kepada anda oleh BSN.
|
-
Pilih Tulis Mesej
|
|
-
Taip SSP <Bulan-Tahun Cabutan>
<No KP> <Bahasa>Bulan & Tahun CabutanHendaklah dalam bentuk angka & format MMYY (contohnya 0105 untuk Januari 2005)BahasaB - Bahasa MalaysiaE - English
|
|
-
Hantarkan ke 32255
|
|
|
Sekiranya anda perlukan bantuan, taip SSP BANTU dan hantarkan ke 32255. Caj yang dikenakan adalah 15 sen setiap SMS yang dihantar dan RM1 untuk setiap SMS yang diterima.
|
|
|
Kembali ke atas...
|
|
|