SPD-iJ/K SyariahBBA HomeMatrix-iKad Kredit-iJenis Akaun SPISaham ESOS-i

 

Pinjaman Peribadi 
Pinjaman Perumahan 
Pinjaman Mikro 
Penjadualan Pinjaman 
Kad 
Sijil Simpanan Premium 
Deposit 
Perkhidmatan 
Perbankan Islam 
Kelab Penabung Muda 
Pusat Latihan BSN 
Kadar Faedah & Caj 
Promosi 
Maklum balas 
Cawangan & ATM 
BSN 
Hubungi Kami 

 

 

 

 

 

 

 

BSN Matrix-i kini disediakan untuk pemegang Akaun Simpanan-i Wadiah. Jadi, tiada alasan yang lebih baik untuk tidak membawa wang tunai,selain daripada BSN Matrix-i. Ia bukan sekadar sekeping kad ATM, malah berfungsi sebagai wang tunai dalam sekeping kad. Anda hanya perlu menurunkan tandatangan dan beli, tanpa perlu bimbang mengenai ansuran bulanan atau caj tambahan.

 

Kad BSN Matrix-i merupakan kad debit secara Islam yang pertama di Malaysia yang menggunakan VISA Electron.

 

Kami yakin bahawa pelanggan bijak di dalam pengurusan kewangan.  Melalui kad debit BSN Matrix-i, anda hanya berbelanja mengikut kemampuan.  Tiada bebanan kewangan masa hadapan.

 

Siapakah yang boleh memohon?

 

Sekiranya anda berusia 12 tahun dan ke atas, serta mempunyai Akaun Simpanan-i Wadiah, anda boleh memohon BSN Matrix-i.

 

Di manakah dan bagaimanakah saya boleh menggunakan BSN Matrix-i ?

Untuk pengeluaran wang tunai:

  • Di semua ATM BSN.

  • Di semua ATM yang mempunyai logo VISA atau VISA PLUS.

 

Untuk urusan pembelian tunai menggunakan BSN Matrix-i:

  • Di semua tempat perniagaan yang mempamerkan logo VISA atau VISA Electron.

BSN Matrix-i diterima di Malaysia dan juga di luar negara.

 

Bagaimanakah BSN Matrix-i berfungsi ?

 

Anda boleh menggunakan BSN Matrix-i untuk mengeluarkan wang tunai di ATM, dan melakukan pembelian di semua tempat perniagaan yang mempamerkan logo VISA atau VISA Electron, selagi anda mempunyai wang yang mencukupi dalam Akaun Simpanan-i Wadiah. Apabila anda menggunakan kad ini, jumlah wang yang anda belanjakan akan ditolak secara automatik dari akaun anda.

 

Sejauh manakah penggunaan BSN MAtrix-i selamat ?

Untuk urus niaga ATM - anda akan diberikan satu nombor PIN yang mana anda dikehendaki menukarkannya serta merta.

 

Untuk urus niaga pembelian di tempat perniagaan - anda boleh tetapkan terlebih dahulu had perbelanjaan anda di ATM BSN, supaya anda boleh menguruskan perbelanjaan dengan tidak membelanja lebih daripada jumlah yang telah ditetapkan dalam satu hari.

 

Kad Hilang - Laporkan kehilangan kad anda. Ia akan dibatalkan serta merta dan satu kad baru akan dikeluarkan untuk anda.

 

Adakah saya perlu membayar caj atas pembayaran yang dilakukan dengan menggunakan BSN Matrix-i ?

 

Tidak, kerana wang anda terus ditolak dari akaun bank anda. Jadi, tiada bayaran bulanan atau caj yang perlu dibayar.

 

Bagaimanakah saya mendapat ganjaran apabila tidak membawa wang tunai ?

 

Setiap kali anda menggunakan BSN Matrix-i anda untuk melakukan pembayaran di mana-mana tempat perniagaan yang mempamerkan logo VISA atau VISA Electron, anda akan mendapat ganjaran rebat wang tunai sebanyak 0.5%. Ganjaran yang terkumpul selepas 12 bulan akan dikreditkan ke Akaun Simpanan-i Wadiah anda pada penghujung bulan yang ke-13.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami

Bahagian Khidmat Pelanggan

Tingkat 7, Wisma BSN

117, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2142 5258

atau

kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran


Copyright © 2007 Bank Simpanan Nasional. All rights reserved.