Kad KreditBSN Matrix

 

Pinjaman Peribadi 
Pinjaman Perumahan 
Pinjaman Mikro 
Penjadualan Pinjaman 
Kad 
Sijil Simpanan Premium 
Deposit 
Perkhidmatan 
Perbankan Islam 
Kelab Penabung Muda 
Pusat Latihan BSN 
Kadar Faedah & Caj 
Promosi 
Maklum balas 
Cawangan & ATM 
BSN 
Hubungi Kami 

 

 

 

 

Nikmati penjimatan hebat atas

Pemindahan Baki dengan hanya........

 

 

Borang Permohonan

Terma dan syarat

 

 

Pemindahan Baki Kad Kredit ( Balance Transfer )

Kini anda dapat menjimatkan caj kewangan apabila anda menyertai Pelan Pemindahan Baki Kad Kredit BSN.  Pemindahan Baki adalah satu kemudahan yang ditawarkan kepada Pemegang Utama Kad Kredit Visa/Mastercard BSN sedia ada dan juga Pemegang Utama Kad Kredit institusi kewangan lain yang memohon menjadi Pemegang Utama Kad Kredit BSN di mana mereka boleh membuat pemindahan baki belum jelas kad kredit dari institusi-institusi kewangan lain ke BSN.

BSN menawarkan pelan Pemindahan Baki yang menarik pada kadar 1% sebulan bagi tempoh 12 bulan ke atas amaun yang dipindahkan. Menerusi kemudahan ini pemegang kad dapat menikmati penjimatan ke atas bayaran caj kewangan sebanyak 6% setahun

   Lebih banyak yang anda pindahkan, lebih banyak penjimatan anda (lihat contoh jadual di  bawah)

Baki Tertunggak dipindahkan daripada bank lain

Caj Kewangan biasa pada 1.5% sebulan untuk 12 bulan

Caj Kewangan Pemindahan Baki pada 1% sebulan untuk 12 bulan

Nikmati penjimatan HEBAT

RM 1,000

RM 134.79

RM 87.33

RM 47.46

RM 2,000

RM 277.91

RM 180.88

RM 97.03

RM 3,000

RM 416.86

RM 271.32

RM 145.54

RM 4,000

RM 555.82

RM 361.76

RM 194.06

RM 5,000

RM 694.77

RM 452.20

RM 242.57

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pembayaran bulanan bagi jadual di atas diandaikan sebanyak 5% daripada baki belum jelas atau RM50 yang mana lebih tinggi.

 

 

Bagaimanakah Program Pemindahan Baki berfungsi ?

 

Permohonan Pemindahan Baki akan di proses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen-dokumen lengkap daripada pemegang kad.  Apabila permohonan Pemindahan Baki diluluskan, BSN akan menjelaskan jumlah baki belum jelas dengan bank lain menerusi cek mengikut amaun yang telah diluluskan oleh BSN.  Amaun pemindahan ini kemudian akan dipindahkan ke dalam satu akaun pemindahan baki baru yang diperuntukkan kepada pemegang kad kredit BSN.

Siapakah yang layak memohon?

  • Pemegang Utama Kad Kredit Visa/Mastercard BSN sedia ada.

  • Pemegang Utama Kad Kredit Visa/Mastercard (termasuk Kad Caj) dari institusi kewangan lain yang memohon menjadi Pemegang Utama Kad Kredit Visa/Mastercard BSN.

Apakah pakej yang ditawarkan oleh BSN di bawah Program Pemindahan Baki ?

  • Caj kewangan pada kadar 1% sebulan bagi tempoh 12 bulan di atas amaun Pemindahan baki.

  • Pindahan minimum yang diterima adalah RM500.00 (terendah di pasaran)
  • Pindahan maksimum adalah sehingga had kredit yang sedia ada dengan BSN.
  • Kos Pindahan/Pemprosesan - PERCUMA.
  • Pindahan boleh dibuat sekerap mana yang diinginkan.
  • SSP percuma eksklusif untuk pemegang kad kredit biasa BSN (kempen bermula 21 Mei 2007 dan tertakluk kepada terma).

Apakah kelebihan yang akan diperoleh oleh pemegang kad BSN yang membuat Pemindahan Baki ?

  •     Penjimatan wang ke atas pembayaran faedah kad kredit sebanyak 6% setahun.

  •    Pengurusan kewangan yang lebih baik kerana semua baki kredit akan digabungkan di dalam satu penyata mudah.

Bagaimanakah untuk memohon ?

Sungguh mudah. Anda hanya perlu :

  •     Lengkapkan borang permohonan pemindahan baki.
  •     Sertakan salinan penyata akaun (akaun-akaun) kad kredit/kad caj terakhir daripada  bank lain yang ingin dibuat pemindahan baki.
  •     Hantarkan dokuman melalui cawangan BSN berdekatan atau melalui pos kepada  

Bahagian Pemprosesan & Pentadbiran Kredit

Jabatan Pengurusan Kredit

Tingkat 2, Wisma BSN

117, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

   

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami

Bahagian Khidmat Pelanggan

Tel: 03-2142 5258       

atau

kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran


Copyright © 2007 Bank Simpanan Nasional. All rights reserved.