PENGENALAN
Pengurusan kewangan yang bijak merupakan kemahiran penting yang perlu diperoleh untuk membolehkan anda berbelanja mengikut kemampuan dan dalam masa yang sama dapat mencapai matlamat kewangan anda. Anda harus dapat mengawal kewangan anda tidak kira samada anda menghadapi masalah kewangan atau tidak.
Sehubungan itu, sebagai menyahut saranan kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia tidak dibebani hutang, BSN kini menyediakan satu program PENJADUALAN SEMULA bagi peminjam-peminjam yang menghadapi masalah dalam pembayaran pinjaman.
Program ini membantu anda menjelaskan pembayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan semasa bersesuaian dengan baki dan tempoh pinjaman terkini.
Ditawarkan untuk semua produk Skim Pinjaman BSN (Konvensional) bagi Akaun Pinjaman Berbayar (Semasa), Akaun Tertunggak 1-5 bulan (Delinquent) dan Akaun Pinjaman Tidak Berbayar (NPL).
Untuk makluman, Penjadualan Semula Pinjaman bagi produk Skim Pinjaman BSN (Islamik) akan diberitahu sedikit masa lagi.