|
|
|
|

|
|
Apakah BSN Matrix ?
|
|
Ia adalah Kad ATM yang dikeluarkan oleh BSN apabila anda membuka akaun BSN GIRO. Kad ini boleh juga digunakan di POS (point-of-sale) untuk membeli-belah, menjamu selera dan lain-lain.
BSN juga menyediakan BSN Matrix-i iaitu kad debit berlandaskan konsep syariah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Keterangan lanjut 
|
|
Kelebihan Kad BSN MATRIX
|
|
Kad BSN MATRIX bukan sahaja kad ATM, tetapi juga berfungsi sebagai kad debit dan boleh digunakan untuk membeli-belah, melancung, menjamu selera dan banyak lagi. Ianya juga memberi bonus tunai setiap kali anda berbelanja. Pendek kata, kad ini memudahkan anda kerana ia boleh dibawa untuk membeli-belah dan lain-lain kegunaan tanpa perlu membawa wang tunai.
|
|
Gunakannya di Rangkaian Perniagaan
|
|
Untuk membeli-belah...
|
|
Anda boleh menggunakan Kad BSN MATRIX di mana-mana rangkaian perniagaan di Malaysia dan di seluruh dunia yang memaparkan logo VISA atau VISA Electron.
|

|
|
Cara membayar adalah sangat mudah
 
 
|
|
Amaun urusniaga akan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO anda. Anda dinasihatkan menyimpan resit pembelian untuk rujukan.
Bagi urusan yang dibuat di luar negara, amaun pembelian akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO anda.
|
|
Bonus Wang Tunai bagi setiap pembelian
|
- Bonus tunai akan diberikan bagi setiap pembelian yang menggunakan
Kad BSN MATRIX.
Bonus tunai pada kadar 0.5% akan dikira pada setiap bulan hingga bulan ke-12 dan dikreditkan ke dalam akaun anda pada bulan ke-13.
Akaun yang ditutup sebelum genap tarikh ulang tahun permohonan kad tidak layak menerima bonus tunai.
|
|
Contoh Pengiraan Bonus Tunai
|
|
Bulan
|
Pembelian
(RM)
|
Pembelian
Terkumpul
(RM)
|
Bonus Tunai
Terkumpul
(RM)
Kadar: 0.5%
|
|
1
|
50.00
|
50.00
|
0.25
|
|
2
|
80.00
|
130.00
|
0.65
|
|
3
|
850.00
|
680.00
|
3.40
|
|
4
|
1,000.00
|
1,680.00
|
8.40
|
|
5
|
0.00
|
1,680.00
|
8.40
|
|
6
|
100.00
|
1,780.00
|
8.90
|
|
7
|
2,500.00
|
4,280.00
|
21.40
|
|
8
|
2,000.00
|
6,280.00
|
31.40
|
|
9
|
7,000.00
|
13,280.00
|
66.40
|
|
10
|
4,500.00
|
17,780.00
|
88.90
|
|
11
|
5,000.00
|
22,780.00
|
113.90
|
|
12
|
11,000.00
|
33,780.00
|
168.90
|
|
13
|
Jumlah Bonus sebanyak RM168.90 akan dikreditkan pada bulan ke-13
|
* Kadar bonus tertakluk kepada perubahan tanpa notis
|
|
Anda boleh menetapkan perbelanjaan harian anda
Satu-satunya kad yang menyediakan kemudahan ini. Kad yang mengawal perbelanjaan anda dengan membenarkan anda menetapkan had perbelanjaan harian anda semasa anda memohon Kad BSN MATRIX.
Anda juga boleh menukar had perbelanjaan harian di mana-mana mesin ATM BSN.
Bagi akaun yang dikendalikan melalui cap ibu jari, kad BSN MATRIX anda hanya boleh digunakan untuk membuat urusan ATM sahaja manakala urusniaga pembelian tidak dibenarkan.
|
|
Penyata Urusan
|
Bagi Akaun BSN GIRO yang dikendalikan melalui penyata, amaun perbelanjaan VISA Electron dan urusan di ATM akan ditunjukkan dalam penyata bulanan yang dihantar melalui kiriman pos oleh BSN.
Penyata akan dihantar ke alamat tetap/berdaftar anda di Malaysia.
Bagi pelanggan yang mengendalikan akaun melalui buku akaun, amaun urusniaga (VISA Electron dan ATM) boleh dikemaskini di mana-mana cawangan BSN.
|
|
Gunakannya di Mesin ATM
|
Anda boleh menggunakan Kad BSN MATRIX di ATM milik BSN untuk membuat urusan penyemakan baki akaun, pengeluaran wang tunai, pindahan wang, penukaran nombor PIN, pembelian SSP, pembayaran bil dan penyata mini.
Kad BSN MATRIX anda juga boleh digunakan untuk menyemak baki dan mengeluarkan wang tunai, di mana-mana ATM bukan milik BSN yang memaparkan logo MEPS dan VISA di Malaysia dan di seluruh dunia.
Anda dinasihatkan menggunakan ATM milik BSN untuk semua urusan di Malaysia. ATM BSN beroperasi selama 22 jam mulai jam 04:00 - 06:00.
Bayaran urusniaga akan dikenakan sebanyak RM1.25 untuk setiap urusan pertanyaan baki dan RM12.00 untuk urusan pengeluaran wang tunai yang dilakukan melalui mana-mana ATM bukan milik BSN sekiranya berada di luar negara dengan menggunakan kemudahan VISA.
Bagi pengeluaran wang tunai yang dilakukan di luar negara, amaun yang dikeluarkan akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan didebit secara automatik dari Akaun BSN GIRO anda.
|


|
|
Bagaimana Untuk Mendapatkan Kad BSN MATRIX ?
|
- Anda perlu membuka Akaun BSN GIRO dengan simpanan minimum RM50 di mana-mana cawangan BSN.
- Bayaran sebanyak RM10 (Akaun Dewasa) dan RM5 (akaun Remaja) dikenakan untuk mendapatkan Kad BSN MATRIX.
|
|
Sudakah anda menukarkan kad lama anda kepada Kad BSN MATRIX "bercip" ?
|
- Jika anda mempunyai Kad BSN
GIRO, Kad Maestro atau Kad BSN MATRIX berjalur magnetik, anda diwajibkan
menukar kad anda kepada Kad BSN MATRIX “bercip” dengan memohon menerusi mana-mana
cawangan BSN berhampiran.
- Pemegang Kad BSN MATRIX
berjalur magnetik juga boleh memohon untuk membuat penukaran kad melalui ATM
milik BSN.
- Bayaran sebanyak RM10 (Akaun
Dewasa) dan RM5 (Akaun Remaja) dikenakan untuk penukaran kad.
|
|
Tempoh Laku Kad
|
|
Tempoh laku Kad BSN MATRIX adalah sehingga Disember 2012. Anda perlu memperbaharuinya apabila tempoh sah laku tamat.
|
|
Kehilangan Kad
|
|
|
Kehilangan atau kecurian
kad BSN MATRIX hendaklah dilaporkan kepada pihak Bank dengan segera. Semua
laporan melalui telefon hendaklah diikuti dengan laporan bertulis. Bank tidak
akan bertanggungjawab terhadap sebarang pernipuan yang berlaku akibat
kehilangan kad.
|
|
|
|
|