Pinjaman Peribadi 
Pinjaman Perumahan 
Pinjaman Mikro 
Penjadualan Pinjaman 
Kad 
Sijil Simpanan Premium 
Deposit 
Perkhidmatan 
Perbankan Islam 
Kelab Penabung Muda 
Kadar Faedah & Caj 
Promosi 
Maklum balas 
Cawangan & ATM 
BSN 
Hubungi Kami 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MENABUNG DAN AMALAN BERJIMAT-CERMAT PASTI MEMBAWA KERIANGAN DISAMPING KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN, MEMPELAJARI DAN MENEROKAI SESUATU YANG BARU

letter_A.gifpa itu Kelab Penabung Muda (KPM BSN)

Kelab Penabung Muda BSN ditubuhkan sebagai tarikan menyimpan kepada generasi muda yang pasti membawa keriangan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan.  Di samping itu ahli-ahli juga akan dapat mempelajari dan menerokai sesuatu yang baru.

Ahli Kelab Penabung Muda BSN boleh menyertai Skim Galakan Simpanan Pelajar-Pelajar dan Sekolah-sekolah Malaysia yang menyediakan hadiah pertandingan menabung yang lumayan setiap tahun kepada individu, sekolah dan penerima Biasiswa.

letter_S.gifyarat-syarat menjadi Ahli

Terbuka kepada pelajar berusia 6-20 tahun

Warganegara Malaysia

Mempunyai akaun individu GIRO/GIRO-i BSN. Mengekalkan nilai simpanan minimum RM500 ke atas.

Telah melengkapkan borang permohonan keahlian Kelab Penabung Muda dan ditandatangani oleh ibu / bapa      atau penjaga

Pengeluaran wang sekali sahaja dalam sebulan dibenarkan

letter_K.gifadar Faedah

Kadar faedah sehingga 3.5% setahun ditawarkan kepada ahli Kelab Penabung Muda seperti berikut:-

Baki Minimum Bulanan

Kadar Faedah Setahun

sehingga RM300

0.30%

RM301 - RM500

3.00%

RM501 - RM1,500

3.15%

RM1,501 - RM2,500

3.25%

RM2,501 ke atas

3.50%

Pengeluaran dibenarkan hanya sekali sebulan. Jika pengeluaran lebih dari sekali, faedah ditawarkan adalah mengikut kadar faedah Akaun GIRO yang sedia ada.

Untuk menikmati kadar faedah yang ditawarkan kepada ahli Kelab Penabung Muda, simpanan minimum hendaklah dikekalkan pada setiap masa.

Simpanan permulaan RM500.00 akan dibekukan selagi menjadi ahli.

letter_P.giferlindungan Insuran Percuma

Perlindungan Insuran Kemalangan Diri 24 jam meliputi seluruh dunia. Kecederaan luaran yang dialami disebabkan oleh kemalangan sehingga mengakibatkan

 

                 Kematian                               :   10 kali jumlah simpanan sehingga maksimum RM50,000

                                                                 (simpanan minimum RM500)

 

                 Perbelanjaan Pengkebumian    :   RM3,000

 

Sebarang kejadian kemalangan hendaklah dimaklumkan kepada Bank Simpanan Nasional dengan segera dalam tempoh 14 hari dan dokumen-dokumen asal yang berkenaan hendaklah diserahkan dalam                 tempoh 2 bulan dari tarikh kemalangan.

 

Perlindungan insuran berkuat kuasa mengikut tarikh kelulusan menjadi ahli oleh Bank Simpanan Nasional

letter_K_1.gifad Ahli Percuma

Ahli Kelab Penabung Muda BSN akan didaftar dan diberikan Kad Ahli secara percuma dalam tempoh sebulan.

 

Kad Ahli Gantian

Sekiranya Kad Ahli hilang, kad ahli gantian akan dikeluarkan dengan bayaran RM5.00

 

Kemudahan Kad Ahli

Pemegang Kad Ahli akan mendapat diskaun untuk pembelian buku, peralatan sekolah, pusat rekreasi dan banyak lagi.

letter_A_1.gifktiviti

Alami dunia penuh keriangan, pendidikan, pengembaraan dan penerokaan sesuatu yang baru. Semua disediakan untuk ahli  Kelab Penabung Muda BSN dan banyak lagi kemudahan yang sudah tentunya memberi faedah kepada ahli kelab.

 

Daftarkan diri anda sebagai ahli Kelab Penabung Muda BSN sekarang!

          Mulakan tabungan anda hari ini!

                    Pastikan anda menjadi ahli Kelab Penabung Muda.!

                              Jangan tunggu lagi dan mulakan menabung sekarang!

letter_B.gifagaimana Menjadi Ahli KPM

  1. Pastikan anda seorang pemegang Akaun GIRO/GIRO-i individu BSN. Jika tidak, mulalah menabung dan membuka akaun baru dengan minimum RM10 sahaja.
  2. Pastikan simpanan GIRO/GIRO-i anda sekurang-kurangnya RM500. Jika tidak mencukupi, tambahkan tabungan anda.
  3. Setelah mempunyai tabungan RM500 di dalam akaun GIRO/GIRO-i, isikan borang permohonan ahli Kelab Penabung Muda BSN di mana-mana Cawangan BSN.
  4. Apabila permohonan anda diluluskan, anda akan diberikan kad Ahli Kelab Penabung Muda BSN bersama bahan-bahan galakan. Wang tabungan RM500 akan dibekukan dan ahli akan menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan.

Tahniah!!! Anda telah menjadi Ahli Kelab Penabung Muda BSN

letter_P_1.gifemberhentian Ahli

  1. Ahli yang tidak mahu meneruskan menjadi ahli kelab, borang berhenti perlu diisi dan kad ahli perlu dikembalikan kepada BSN.
  2. Permohonan berhenti akan dipertimbangkan setelah menjadi ahli Kelab Penabung Muda sekurang-kurangnya satu tahun.
  3. Ahli yang mencapai usia 21 tahun akan diberhentikan menjadi ahli secara automatik.

 

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Ikon di sebelah akan membawa anda memasuki laman web pihak ketiga iaitu 'Tutor Online (tutor.com.my)'. Laman web tersebut diluar pemantauan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pihak BSN tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan maklumat yang dicapai melalui laman web tersebut.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami

Kelab Penabung Muda BSN

Bahagian Deposit Konsumer

Tingkat 15, Wisma BSN

117, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2162 3222

atau

kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran


Copyright © 2007 Bank Simpanan Nasional. All rights reserved.