|
TUMPUAN KEPADA PELANGGAN
Kita akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan supaya dapat memenuhi kehendak-kehendak mereka dan memastikan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Kita perlu sentiasa ingat bahawa kejayaan bergantung kepada keupayaan kita memperolehi serta mengekalkan sokongan para pelanggan.
AMALAN PERNIAGAAN BERETIKA
Sebagai sebuah institusi kewangan yang bertanggunjawab ke atas simpanan dan urusan kewangan orang ramai, kita hendaklah sentiasa menjaga amanah dan kepercayaan yang telah diberi. Kita berkewajipan untuk menjalankan operasi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan adil.
HORMAT SESAMA INSAN
Kita adalah sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada orang ramai dengan menghormati nilai dan maruah kemanusiaan. Kita akan sentiasa menjalinkan hubungan yang baik semasa berurusan dengan para pelanggan.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PENDIDIKAN DAN LATIHAN
Kakitangan yang bersatu dan berdedikasi adalah aset kita yang terpenting. Kita mempunyai iltizam untuk mendidik, melatih, menggalak dan memberi ganjaran kepada kakitangan supaya dapat membangunkan potensi mereka sepenuhnya. Kejayaan bergantung kepada sumbangan padu daripada semua peringkat kakitangan yang bekerja sebagai satu pasukan.
MAJIKAN YANG PERIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB
Sebagai majikan, kita akan sentiasa peka terhadap keselamatan dan kebajikan semua kakitangan. Kita akan mengadakan suasana kerja yang baik dan selamat, syarat-syarat perkhidmatan yang baik dan kompetitif serta peluang-peluang yang mencabar dalam memeajukan kerjaya kakitangan.
BERMATLAMATKAN KECEMERLANGAN
Kita percaya bahwa semua tugas dapat dilakukan dengan cara yang lebih baik. Kita menharapkan prestasi dan kualiti perkhidmatan yang tinggi dan memberi ganjaran bagi tindakan dan hasil yang positif.
KEJAYAAN MELALUI KREATIVITI DAN DAYA USAHA
Kita akan memupuk semangat kreatif yang sentiasa inginkan pembaharuan dan yang berdaya usaha di kalangan kita untuk melahirkan pemimpin. Kita ingin memimpin dan bukannya dipimpin.
BERDAYA SAING MELALUI TEKNOLOGI TINGGI
Kita akan menggunakan teknologi tinggi, sesuai dan moden untuk bersaing dan mencapai tahap perkhidmatan yang tinggi, cekap dan produktif.
MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Kita adalah sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan organisasi yang mempunyai pertanggungjawaban sosial. Kita akan memelihara kepentingan serta berkongsi kejayaan bersama masyarakat.
|