HomeBSNPerkhidmatan

     

    Pinjaman Peribadi 
    Pinjaman Perumahan 
    Pinjaman Mikro 
    Penjadualan Pinjaman 
    Kad 
    Sijil Simpanan Premium 
    Deposit 
    Perkhidmatan 
    Perbankan Islam 
    Kelab Penabung Muda 
    Pusat Latihan BSN 
    Kadar Faedah & Caj 
    Promosi 
    Maklum balas 
    Cawangan & ATM 
    BSN 
    Hubungi Kami 

     

     

     

    PEMBAYARAN BIL MELALUI ATM

     

    Lain-lain kemudahan yang boleh diperolehi adalah:-

    • Kemudahan GGO (Guaranteed GIRO Order)
    • IGGO (InternationalGuaranteed GIRO Order)
    • Autokredit
    • Perkhidmatan Kutipan Pembayaran
    • Pembayaran Bil
    • Autodebit
    • Arahan Tetap (Individu)
    • Interbank GIRO (MEPS-IBG)

     

     

    Autokredit                                             Kembali ke atas...

    Pengkreditan secara automasi bagi pembayaran gaji, elaun, bonus, dividen, komisen dll.

    Penghantaran data adalah melalui internet/laman web FTP BSN yang selamat dan terjamin.

    1. Pembayaran ke Akaun BSN (GIRO/Al-Wadiah).

     

    Perkhidmatan Kutipan Pembayaran   Kembali ke atas...

    • Pembayaran Bil
    • Autodebit
    • Arahan Tetap

    Pembayaran Bil                                                           Kembali ke atas...

    Kemudahan kutipan secara automatik bagi kutipan bil, yuran pengajian, cukai taksiran dll.

    Contoh : Bil Utiliti, Insuran, Majlis Perbandaran, ASTRO dll.

    Pembayaran boleh dibuat di :

                                                 i. Kaunter BSN

     

    Autodebit                                                                      Kembali ke atas...

    Kemudahan kepada Organisasi untuk membuat kutipan pembayaran seperti bil, insuran, pinjaman dll.

    Kutipan dilakukan secara berkala bergantung kepada arahan organisasi dan proses pendebitan dilakukan secara automatik.

    Urusan penghantaran dan penerimaan data adalah melalui internet yang terjamin.

     

    Arahan Tetap (Individu)                                                                                                                              Kembali ke atas...

    Suatu cara mudah untuk menyelenggarakan pembayaran anda.  Tetapkan tarikh pembayaran dan segala urusan pembayaran akan selesai dengan Arahan Tetap.

     

    Interbank GIRO                                                                                     Kembali ke atas...

    Satu sistem pemindahan dana secara elektronik di antara rangkaian bank yang menyertai MEPS-IBG.

    Kemudahan untuk pindahan ke Akaun Simpanan/Semasa, pinjaman, ansuran dan sebagainya.

    • Urusan sehingga RM100,000.00 dan kadar caj yang minimum dikenakan.
    • Urusan secara Tunai atau Pindahan Akaun.

     

    MEPS-ATM                                                                                                  Kembali ke atas...

    Pengeluaran wang tunai di mesin ATM BSN atau mesin ATM bank-bank lain.

     

      KEMUDAHAN GGO (Guaranteed GIRO Order)                                                         Kembali ke atas...

    Arahan GIRO terjamin(GGO) merupakan satu bentuk kiriman wang bayaran untuk memohon Terbitan Saham Awam Baru yang dikendalikan oleh MIDFCCS dan Malaysia Issuing House(MIH).

     

    Kemudahan

    Sesiapa sahaja boleh menggunakan kemudahan ini.  Ia terbuka kepada pemegang akaun BSN dan juga bukan pemegang akaun.  Pengguna kemudahan ini digalakkan membuka akaun GIRO bagi tujuan memudahkan pembayaran tanpa menggunakan wang tunai.

    GGO boleh dibeli di semua cawangan Utama Bank dan di kebanyakan cawangan-cawangan mini.

     

    Permohonan

    1. Isikan borang permohonan GGO. (Setiap borang permohonan dalam nilai/jumlah lot yang sama, misalnya 1,000 Saham) Borang yang berasingan perlu digunakan untuk nilai/jumlah lot yang berlainan).
    2. Bayaran boleh dibuat dengan :
      • Wang tunai atau
      • Mendebitkan Akaun Giro anda.
    3. GGO akan dikeluarkan serta-merta di kaunter.
      • SILA PASTIKAN BUTIR-BUTIR DALAM GGO ADALAH BETUL UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KESULITAN ATAU DITOLAK OLEH MIDFCCS/MIH
    4. Satu salinan borang permohonan akan diberi kepada anda sebagai resit.
    5. Anda perlu menyertakan GGO itu bersama-sama Borang Permohonan Saham yang lengkap dan dimajukan kepada MIDFCCS/MIH.

     

    Had Pembelian

    • Di Cawangan Utama    - tiada had
    • Di Cawangan Mini        - tiada had bagi pembelian melalui Pindahan GIRO
    •                                   - had maksimum RM10,000 jika dibeli secara tunai

       

    Bayaran

    Komisen  - RM1.50 setiap GGO

     

    Bayaran Balik

    Pemohon-pemohon yang tidak berjaya boleh membuat tuntutan dengan menyerahkan GGO di cawangan di mana GGO itu dibeli.  Pembayaran balik secara tunai akan dilakukan bagi pembelian tunai manakala bagi pembelian secara Pindahan GIRO bayaran balik akan dilakukan dengan mengkreditkan akaun anda.

     

    GGO Hilang

    1. Membuat laporan kehilangan di cawangan di mana GGO dikeluarkan.
    2. Pembayaran balik akan dilakukan selepas tarikh saham berkenaan disenaraikan.

     

     

     IGGO (International Guaranteed GIRO Order)                                               Kembali ke atas...

    Satu perkhidmatan penghantaran wang ke Indonesia dan Bangladesh.

    • Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Bank Tabungan Negara Indonesia (BTN), Bank Central Asia Indonesia (BCA) dan National Bank Limited (NBL) Bangladesh menyediakan perkhidmatan penghantaran wang yang mudah kepada pekerja asing untuk menghantar wang ke Indonesia dan Bangladesh.  Kemudahan ini melibatkan pengeluaran draf yang dipanggil ‘International Guaranteed Giro Order’(IGGO), yang perlu diposkan oleh pembeli kepada penerima di Indonesia atau Bangladesh.  Penerima boleh menunaikan IGGO di cawangan BTN, BCA atau NBL yang dipilih oleh pembeli.  Bayaran akan dibuat dalam mata wang Rupiah Indonesia atau Taka Bangladesh mengikut amaun wang yang tercatat dalam IGGO.
    • Perkhidmatan ini ditawarkan di semua cawangan BSN.

     

    Cara Membuat Penghantaran

    1. Isikan borang permohonan.
    2. Serahkan borang bersama wang tunai dalam Ringgit Malaysia di kaunter bank.
    3. IGGO akan dikeluarkan dengan amaun tercatat dalam Rupiah Indonesia atau Taka Bangladesh mengikut kadar pertukaran semasa.  (Pastikan butir-butir dalam IGGO adalah betul bagi mengelakkan sebarang masalah).
    4. Satu salinan borang permohonan yang disahkan akan diberi kepada pembeli sebagai resit untuk rujukan.
    5. Pembeli poskan IGGO kepada penerima.

    * Sekiranya IGGO hendak dibatalkan atau jika ia hilang sila hubungi cawangan di mana IGGO dibeli untuk tuntutan bayaran balik.

     

    Caj IGGO

    RM3.00 untuk setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya.

     

    • Mengurangkan urusan pembayaran di kaunter
    • Urusan dapat dibuat selepas waktu pejabat dan hari cuti
    • Pembayaran tanpa tunai melalui pindahan akaun

    JENIS-JENIS BIL YANG BOLEH DIBAYAR MELALUI ATM MENGGUNAKAN BARKOD

    • 001 - Syarikat Telekom Malaysia
    • 002 - Tenaga Nasional Berhad
    • 003 - Syarikat Bekalan Air Selangor
    • 004 - Indah Water Konsortium
    • 005 - Sabah Electric
    • 006 - Syarikat SESCO Berhad
    • 007 - Majlis Perbandaran Ampang Jaya
    • 008 - CELCOM (013)

    JENIS-JENIS BIL  BERDAFTAR YANG BOLEH DIBAYAR MELALUI ATM

    • Syarikat Telekom Malaysia
    • Tenaga Nasional Berhad
    • Syarikat Bekalan Air Selangor

    CARA PEMBAYARAN DI ATM

    • Masukkan kad
    • Pilih bahasa
    • Pilih urusan (bayaran)
    • Pilih Urusan (Kemudahan)
    • Pilih Urusan (GIRO atau Kad Kredit)
    • Pilih Urusan (Bil Berdaftar atau Barkod)

    Pembayaran menggunakan BARKOD

    • Tekan butang Bil Barkod
    • Masukkan kod mengikut senarai bil
    • Tekan butang "YA"
    • 'Scan' bil mengikut gambar yang dipaparkan di skrin ATM
    • Tekan butang "YA" sekiranya bersetuju dengan amaun bayaran yang dipaparkan
    • Pilihan jumlah bayaran boleh dibuat sekiranya ada pindaan amaun bayaran
    • Tekan butang "YA"
    • Ambil resit
    • Ambil kad
    • Selesai

     

     

     

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami

    Bahagian Khidmat Pelanggan