SejarahMisi & VisiAhli LembagaPengurusanBeritaAktiviti Kakitangan BuletinLaporan Tahunan
Home 
BSN 
Pinjaman Peribadi 
Pinjaman Perumahan 
Pinjaman Mikro 
Penjadualan Pinjaman 
Kad 
Sijil Simpanan Premium 
Deposit 
Perkhidmatan 
Perbankan Islam 
Kelab Penabung Muda 
Kadar Faedah & Caj 
Promosi 
Maklum balas 
Cawangan & ATM 
Kerjaya 
Hubungi Kami 

 

 

 

 

KURSUS JATI DIRI & MOTIVASI BSN NEGERI JOHOR

BSN Negeri Johor dengan kerjasama Bahagian Pembelajaran dan Pembangunan BSN telah menganjurkan Kursus Jatidiri & Motivasi bertempat di Akademi Kaizen, Gunung Pulai, Johor pada 14 dan 15 Jun 2008 disertai   lebih 100 orang pegawai dan kakitangan Cawangan Negeri Johor.

Program tersebut dimulakan dengan ucapan oleh Pengurus Negeri  Johor, Tuan Hj. Badli Hamsan dan seterusnya diikuti   dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Hj. Salamian Surip selaku Pengurus Akademi Kaizen.

Objektif utama kursus ini adalah untuk  meningkatkan semangat dan prestasi kerja para peserta agar lebih komited dan produktif dalam bidang tugas masing-masing, di samping itu juga untuk memupuk dan mengeratkan hubungan silaturrahim diantara para pegawai dan kakitangan BSN Negeri Johor. Aktiviti-aktiviti yang telah diatur sepanjang kursus ini telah membina ketabahan, ketahanan serta  menguji minda dan fizikal para peserta di mana ia boleh dimanfaatkan oleh peserta di tempat kerja mereka kelak.

KURSUS BINA SEMANGAT NEGERI KELANTAN

  

BSN negeri Kelantan dengan kerjasama Bahagian Pembelajaran dan Pembangunan BSN dan Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Kelantan telah menganjurkan Kursus Bina Semangat Jati Diri/Modal Insan.  Program telah berlangsung di Tangok Bachok, Kelantan pada 19 hingga 21 Jun 2008.

 Seramai 57 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Bank telah menghadiri kursus tersebut yang bertujuan menyemai semangat jati diri demi melahirkan pekerja yang produktif sejajar dengan hala tuju BSN. Termasuk dalam kursus ini ialah program berbentuk santapan rohani seperti ceramah agama di samping mendedahkan para peserta kepada aktiviti lasak yang menguji ketahanan minda dan fizikal.

CERAMAH KESIHATAN

 

Bagi menggalakkan dan memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan kepada warga BSN, pihak    Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) sekali lagi telah menganjurkan ceramah kesihatan pada 16 April 2008 dengan kerjasama Prince Court Medical Centre Sdn. Bhd. bertajuk Cardiology (Cholesterol & Hypertension). Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Azalina iaitu salah seorang  pakar perubatan dari Jabatan Cardiology  hospital berkenaan. Antara pengisiannya ialah         memberikan pendedahan tentang jenis-jenis penyakit Cardio dan kaedah rawatan yang perlu diambil bagi  penghidapnya.

Lebih 100 peserta terdiri dari kakitangan BSN telah menghadiri ceramah    tersebut. Selain dari itu, ujian gula dan kolesterol dalam darah juga telah diberikan secara percuma kepada lebih dari 70 peserta. Dalam usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan BSN, pihak JPSM akan  menganjurkan program-program         kesihatan dari semasa ke semasa.

PROGRAM PEMBANGUNAN PENGURUSAN KETUA ZON

Jabatan Perbankan Cawangan telah menganjurkan Program Pembangunan Pengurusan Ketua Zon dari seluruh negara di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor dalam 3 sesi bermula 14 Mac, 2008. Program ini bertujuan memberi panduan dan skop tugas sebenar pegawai di peringkat pengurusan cawangan di samping meningkatkan semangat dan jati diri dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Program ini dihadiri  lebih 90 orang Ketua Zon dari seluruh negara.

Sejajar dengan objektif program ini, para peserta telah diberi pendedahan kepada pelbagai aspek tugasan mereka termasuk beberapa aktiviti seperti Obstacle Course, Water Confidence, Water Crossing & Rafting termasuk  kembara hutan pada waktu malam.

 

 

 

 

 

 

 

 

  
   
   
   
   

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami

Bahagian Khidmat Pelanggan

Bank Simpanan Nasional,

Wisma BSN, 117, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

Tel: 603-2142 5258 Faks: 603-2710 7252

e-mel: servicemanager@bsn.com.my

atau

kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran


CCopyright © 2007 Bank Simpanan Nasional. All rights reserved.